this site
PRU 13 - I VOTE FOR PARTI KEADILAN RAKYAT !
pertama sekalinya saya bercakap mengenai pilihan raya umum ke -13 dalam blog saya . sebenarnya saya pun tak suka sangat nak berpolitik tapi disebabkan saya kesedaran saya yang tinggi yang ingin mengubah Negara Malaysia .

mungkin masing - masing kita mempunyai pandangan tersendiri dalam parti politik yang disokong . namun ini pandangan saya terhadap parti keadilan rakyat dan juga barisan nasional . saya harap kamu hormat sebagai mana saya hormat kamu pandangan terhadap parti politik yang di sokong . kali mungkin saya tidak akan memberi gambar sebab saya malas nak download / cari di internet . so, ini akan jadi lebih boring dari biasa .

sebenarnya tujuan saya bagi menamakan title PRU 13 kali ini ialah semangat saya yang membara ingin mengubah pemerintahan BN yang lebih bercorak agresif atau juga dikenali sebagai kuku besi . mengapa saya berkata demikian ? sebab saya telah banyak melawat tempat - tempat terpencil seperti perkampung orang rungus yang telah di beri rumah PPRT . menurut temubual yang saya dapati bahawa mereka digesa untuk mengundi barisan nasional oleh ketua kampung . kejadian ini benar - benar terjadi apabila mereka menyokong parti lawan iaitu pakatan rakyat . saya kemudiannya menemubual ketua kampung tersebut mengapa dia melakukan sedemikian ? beliau berkata bahawa dia terpaksa berbuat demikian kerana takut jawatan nya sebagai ketua kampung akan dibuang kalau pakatan rakyat menang . alangkah terkejut nya saya ketika dia berkata demikian , sebab perbuatan tersebut lebih mejurus kepada MENGUGUT . saya Tanya beliau (ketua kampung), siapa yang bercakap begitu ? beliau berkata lagi bahawa "YB"(dirahsiakan) kawasan mereka yang memberitahu bahawa sekiranya pakatan rakyat menang dalam pilihan raya , semua ahli jawatan kuasa kampung akan dibuang dan dilucut kan jawatan .

hal ini amat mengejutkan saya, kerana terjadi hal sedemikian. namun saya telah menjelaskan kepada mereka ( orang - orang kampung ) mengenai hal tersebut . sebenarnya walaupun sekiranya pakatan rakyat menang, menang tidak semudah - mudah nya membuang ketua kampung atau ahli jawatan kuasa kampung sesuka hati . fikir semula bagaimana ketua kampung dipilih , ketua kampung di pilih melalui undian majority , dimana di buat oleh orang-orang kampung itu sendiri begitu juga dengan ahli jawatan kuasa kampung . jadi, ini kah demokrasi yang dijanji kan barisan nasional . mari kita berfikir sebentar ...


seterusnya , ada orang meleparkan kata ini kepada saya sebelum ini . '' kamu tak pandai bersyukur kerajaan dah bagi banyak bantuan ( BR1M, BL1M, BB1M) masih lagi tak bersyukur"

saya hanya berkata dengan tenang , ''itu semua hanya lah 'gula-gula' BN, bukan saya tak nak bersyukur tapi cuba lihat sekeliling kita , apa pembangunan yang ada ? jalan raya berlubang sana sini .. rakyat minta jalan raya di kawasan kampung dah lama tapi sampai sekarang anak-anak kampung disabah dan Sarawak masih lagi mengunakan jalan sungai untuk ke sekolah, ini kah maksud janji ditepati ? kenapa dekat pilihan raya baru nak bagi itu ini sedang sudah 55 tahun memerintah Negara tetapi masih keadaan yang sama , MAHUKAH anda begini selamanya ?
saya berkata bukan sesuka hati tapi saya berkata dengan bukti dua mata saya sendiri dan saya menyelidik tersendiri . beban Negara juga semakin meningkat dengan bertambahnya hutang - hutang Negara . kamu sedarkah bahawa pemberian BR1M, BL1M, BB1M meningkat kan beban. semata -mata ingin memancing undi rakyat mereka sangup berhutang dari luar Negara , tapi cuba kita fikirkan semula siapa yang akan susah kemudian , KITA(anak2 muda) yang susah payah melangsaikan hutang kerjaan . jadi fikirkanlah sejenak...

wahai penjawat awam , kamu masih ingat kah bahawa najib razak pernah berkata bahawa permintaan bonus adalah satu KESALAHAN MORAL . dan apabila harga tarif harga minyak naik MEREKA hanya mengatakan perkara tersebut TAK DAPAT dielakkan . jadi kita masih mahukah parti BN memerintah Negara kita , mau kah anak - anak kita menanggung segala penderitaan hutang dan sebagainya di masa depan . buka lah mata anda wahai rakyat Malaysia !

MARI LAH KITA SAMA - SAMA KELUAR PADA 5 MEI INI BAGI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PENGUNDI DAN UNDI LAH PARTI KEADILAN RAKYAT KITA MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA !!

KATAKAN ''NI KALI LAH!!!!!''
 
TUKAR !!! 

Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com