this site
cara untuk majukan diri sendiri.
helo semua , i'm posting again . 
ok ramai tertanya -tanya bagaimana untuk mereka majukan diri sendiri mereka.
pertama sekali saya bukan lah pakar motivasi yang pakar sangat sekadar memberikan sedikit ikhtibar dan pandangan terhadap kamu semua . pandangan ini semuanya dari pengalaman - pengalaman lepas saya .


kenal tak orang yang ada di atas ini ? ? ?
ya dia ialah pemilik syarikat microsoft dan pengasas kepada telefon bimbit i phone - steve jobs .
kamu tahu kenapa dia boleh berjaya sampai ke peringkat tersebut ?
pertama sekali ialah jangan cepat dan mudah untuk berputus asa dalam sesuatu perkara .
 beliau telah gagal dalam peperikasaannya dan telah dibuang dari universiti . namun bagaimana beliau boleh jadi berjaya dan sukses dalam kehidupan ?? 

sememangnya manusia memang cepat berputus asa, namun cuba kita ubah sikap kita sendiri dan majukan daya pemikiran kita dari pelbagai aspek. Tidak semestinya kita gagal dalam peperikasaan akan membuat kita lemah dan tidak terdaya . seharusnya mulakan dari bawah semula . lihat kesilapan lepas , kerana sejarah kesilapan lepas kita boleh memberikan kita pengalaman


ok, mengapa saya letak gambar begini . 
makna saya letak gambar ini ialah kerana lebih banyak kaum wanita berjaya dan berpendidikan tinggi dari lelaki .

ok, sebenarnya kaum perempuan adalah lebih rajin berbanding lelaki kerana lelaki lebih kepada teknikal dan saya akui akan pernyataan tersebut kerana mengikut statistik yang di lakukan menunjukkan bahawa kaum perempuan yang berada di IPTA sebanyak 77% berbanding lelaki . 

namun begitu terdapat juga kaum perempuan yang malas . 
ingat ayat ini - '' orang yang malas , hanya akan tahu berangan , realitinya mereka akan kecundang ''


maksud yang tertera pada gambar ini ialah kita sering berlumba - lumba untuk berjaya dalam kehidupan .
orang yang sukses akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri . 

saya pernah nampak post ini di FB ( facebook ) - '' orang kaya jarang bersyukur dengan apa yang mereka ada, walaupun telah mendapat wang bertrillion , orang miskin pula sentiasa akan bersyukur dengan mereka ada sekarang walaupun hanya beberapa ringgit sahaja .''

ok, pernyataan tersebut adalah sama sekali salah ! !
mengapa ?? ya saya memang akui orang yang miskin akan tahu bersyukur . tapi adakah mereka pernah terfikir bagaimana untuk berjaya dalam hidup ? lihat sahaja orang kaya mereka bukan tidak bersyukur cuma mencari lebih wang .
contoh - dari apa yang saya lihat sebelum ini di bandaraya besar, saya nampak pengemis, mengemis di tepi jalan , dan saya lihat dia sempurna fizikal nya ada tangan, ada kaki, boleh melihat, boleh mendengar tapi, masih muda dan boleh bekerja . mengapa dia tidak mencari pekerjaan untuk menampung hidup dia daripada dia mengemis di tepi jalan . selain juga, orang yang berada di kampung sentiasa berada dalam alam kemiskinan .hanya mengharap bantuan kerajaan sahaja. sebab itulah mereka kekal miskin disebabkan KEMALASAN mereka ! kita sepatutnya lebih berfikiran terbuka bukan hanya asyik berserah kepada takdir sahaja . kita seharusnya mengubah takdir tersebut majukan daya pemikiran kita . kita tidak boleh mengharap keajaiban muncul sebaliknya kita yang kena mencipta keajaiban .kita yang membuat sejarah , bukan sejarah yang membuat kita . 
walaupun kita sering berdoa kepada tuhan sahaja tanpa melakukan sebarang usaha untuk memajukan diri sendiri . sampai kiamat pun tidak akan berjaya.
kita lihat sahaja orang . mengapa mereka kaya sebab mereka juga bermula dari bawah . mereka mulakan langkah demi langkah seperti dalam gambar tersebut -
tiada orang yang terus berjaya apabila mereka lahir ke dunia . mereka juga berusaha , dan usaha mereka membawa kejayaan . fakta - '' usaha adalah tangga kejayaan ''

tiada alasan untuk kita tidak berjaya dalam hidup , tiap halangan akan ada penyelesaian nya hanya kita sahaja perlu rajin untuk mencari .

antara yang penting ada dalam diri kita ialah keyakinan dan nilai - nilai kerajinan dalam diri kita . apabila kita gagal kita sepatutnya tidak mudah berputus asa . sebaliknya terus mencuba .

sekian terima kasih . 
post by Prechard Maxwell




Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com