this site
Saya rasa bersalah
12 march 2012

Hari ini di awal pagi saya membloging blog saya . mengapa ?? sebab saya rasa bersalah . . . .  mengapa ? kita kena baca dengan sampai habis . :) 

TOPIK 

sebenarnya kelamarin iaitu 11 march 2012 mumy(kenapala saya panggil mama saya mumy) saya telefon saya . belum cakap apa - apa lagi terus dia marah saya . dia cakap ''kenapa kau post di FB pasal c gining(aunty) boleh tolong masuk di UMS ( universiti malaysia sabah ) kau ingat dengan keputusan kau tu kau boleh senang - senang 
kah tolong kasi masuk . kau ingat c gining tidak marah ka''

terus saya terdiam , ya , memang saya bukan sengaja mau post begitu di FB saya hanya bercakap manatau auntie(nining) boleh tolong - tolong masuk di UMS . sebab saya pun tahu setakat pointer 2.34 sahaja dengan 2P iaitu B,B,C-,C- .. saya tahu kebanyakan orang juga boleh mendapakan keputusan yang begitu . setakat cukup - cukup makan saja . memang saya tahu keputusan sama juga seperti SAMPAH . tapi itu yang saya terdaya untuk belajar . memang saya ada belajar dari awal tahun apa yang saya pernah post di FB dulu semua nya saya tidak ambil serious . sekadar berkongsi fikiran dan cerita sahaja . saya tak pernah nak menyakiti sesiapa , atau sesiapa yang pernah saya sakiti(jika ada) tolong maafkan saya , kerana kita tidak sempurna . seperti lagu Jessie J di tepi.


berbalik kepada cerita asal saya , kenapa saya rasa bersalah . di sebab kan mumy saya punya percakapan itulah. sampai saya telefon c gining , mau pergi minta maaf . saya bukan sahaja rasa bersalah . saya juga rasa malu . sudalah saya tinggal di tempat auntie saya lagi . Saya memang mahu tinggal hostel tapi hostel mereka terlalu sempit . lagipun saya perlukan WIFI rumah auntie saya nie . 

saya pun tidak tahu lah bagaimana saya nak masuk universiti ini , dengan hanya kelulusan 2P sahaja . saya bagaikan runsing , sampai tidak tertidur malam gara - gara saya berfikir pasal ini sahaja . memang betul - betul  saya rasa bersalah ni . walaupun saya telefon c nining ( auntie ) dia cakap tidak apa - apa . tapi saya dapat tahu yang dia sedang marah . walaupun dia tak menunjukkan dia marah . saya seolah - olah kaku tak bermaya , tak dapat berfikir dengan lebih baik sekarang asyik berfikir pasal ini sahaja . 

gara hal ini juga lah saya telah DEACTIVATE FB saya , sebab apa .. sebab mumy saya kata jangan lagi post apa - apa di FB kau (holy king prechard) kalau kamu search memang kamu tidak akan dapat jumpa nama saya suda sebab saya suda deactivate , mungkin selama - lamanya saya tidak akan buka semula FB saya lagi . mungkin saya hanya akan aktif berblongging sahaja pada setiap hari . atau kamu boleh LIKE fan page saya di FB . di sana saya akan post segala aktiviti saya . 

akhir sekali saya harap kamu dapat share post ini ke wall FB kamu . seberapa banyak yang boleh . sebab saya nak auntie saya nampak penjelasan saya ini yang begitu panjang sebab semasa saya telefon dia saya tak dapat berkata apa - apa hanya dapat bercakap tersekat - sekat . sebab saya langsung tak dapat menyediakan dialog saya yang sempurna untuk minta maaf. saya harap kamu dapat share post ini . saya mohon atas sifat kemanusiaan kamu . 



akhir sekali , cerita ini adalah cerita benar dan bukan rekaan . saya memang nak kamu share sangat di FB sehingga la auntie saya ternampak post ini . 

TERIMA KASIH 

Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com