this site
pentingnya persefahaman antara kaum di sesebuah negara.
Topik penting

mengapa saya mengatakan bahawa persefahaman antara kaum di sesebuah negara ? memang kamu pernah mendengarnya masa di bangku sekolah lagi namun saya nak menjelaskan lebih lagi . ketidak sefahaman atau tidak bertolak ansur dalam negara yang berbilang bangsa akan mencetuskan satu perang yang dipanggil perang saudara. mengapa ia akan berlaku perang saudara . hal ini disebabkan pergolakan politik . selain itu juga terdapat saudara mara yang telah berkahwin dengan kaum lain . oleh kerana pandangan adat dan resam berbeza, dan saling menghormati telah hilang maka akan tercetuslah perang saudara.

berkaitan dengan topik ini saya tidak akan masukan apa - apa imej atau video sebab apa sebab saya rasa kamu tidak sanggup melihat kerana saya sendiri juga tidak sanggup melihat keadaan mereka yang teruk . antara yang hangat sekarang ialah berkaitan dengan isu pergaduhan antara kaum cina dengan melayu . apa yang saya lihat terdapat segelintir masyarakat yang masih mencaci maki kaum lain contoh nya yang saya pernah lihat ialah ''cina babi cina babi'' dan ''tanah melayu milik melayu , cina balik cina'' . hal ini akan menimbulkan kemarahan orang cina , bahkan saya pun bukan orang cina pun marah juga. orang cina tidak akan cari pasal jika mereka tidak dihina sebegitu . malaysia adalah milik semua , tanah ini milik tuhan kita tidak ada hak untuk menghalau kaum lain sesukan hati . 

ingat isu KFC tersebut? hal tersebut juga dikatakan sebagai isu perkauman . apa yang di isukan . pekerja KFC itu memang penat disebabkan kekurangan staff . lagipun mereka memang penat bekerja sebab saya pun kerja KFC juga dan saya memang tahu penat dia macam mana , terpaksa berlari ke sana sini untuk menyiapkan order. berfikir sebelum bertindak . kita mesti menyelesaikan masalah dengan lebih baik . memang pekerja KFC itu marah sebab dijerit - jerit . sudah lah dia penat . faham lah keadaan pekerja itu . 

saya juga pernah nampak video persidangan parlimen di YOUTUBE . apa yang saya lihat ialah terdapat ahli parlimen yang mengeluarkan kata - kata ''kalau tak suka duduk malaysia keluar la'' ayat ini adalah ayat yang tidak professional sebagai ahli parlimen . ahli parlimen yang bertikam lidah ialah ahli parlimen orang cina (DAP) dan ahli parlimen orang melayu (parti tidak pasti) . saya tahu bahawa segala yang dikatakan semasa persidangan tidak akan didakwa. melainkan hak - hak istimewa tersebut . tapi cuma fikirkan perasaan orang lain sebelum melontarkan perkataan tersebut. perkataan tersebut memang amat menyakitkan telinga mendengar . 

saya menulis ini bukan sebab saya nak menimbulkan isu perkauman . tetapi saya menulis ini agar mengelakkan  dari terjadi perkara yang tidak diingini seperti 13 mei 1969 . kamu boleh lihat gambar tersebut di sini.
saya bukanlah orang melayu atau orang cina dan bukan orang india. saya orang sabah . saya hormat orang semenanjung dan saya harap orang semenanjung dapat menghormati kami di sini seadanya . kami tidak tinggal atas pokok . kami juga telah maju . maju kan fikiran kamu .

kesimpulannya , saya tidak boleh menulis panjang - panjang , saya takut nanti keluar tajuk . saya menulis ini bagi mengingati anda semua bahawa betapa pentingnya kita menghormati kaum lain untuk mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku . jadi akhir kata share la ini ke website kamu sekiranya kamu ingin berasa aman dan damai . hidup sejahterah dan harmoni . 

(button share ada di bawah)

Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com