this site
29 december 2011 - dua hari sebelum tahun baru :)
hello,

hari ini mungkin hari pertama saya bekerja di Zen Q sebuah restoran yang beralakan taiwanese food .
ia terletak di lintas . so sesiapa yang ingin jumpa saya di sana datanglah ke restoran tersebut . :p 

secara jujurnya saya tak suka kerja dekat sana kerana ia terlalu jauh dari kediaman autie saya . 
terpakasa naik baslah . :( 
tapi bagaimanapun saya tak boleh lepaskan gaji mahal tu RM700 tu !! 
lagipun kerja tak susah jadi tukang masak saja . masak taiwan desert . hehe . 
kerja ini pun kena kena kasi rekomen oleh kawan kazen saya saja . kingston nama dia . 
tapi orang panggil dia king saja . 

working hour dekat sana dari jam 9.30 am sampai jam 6.30am saja . break hour 1 hour .

sebenarnya saya inginkan tempat kerja saya mempunyai quaters dia tersendiri . 
sebab saya tidak berapa selesa tinggal di tempat tinggal antie saya . -.-''
sebab? 
sebab saya rasa seperti tidak bebas , terpaksa mengikut peraturan , dan sebagainya hehehe. 

ok that all my post for this morning . 
i'll post in this evening . :D





Share/Bookmark
0 comments
hidup saya baru bermula .
hello , 
selamat datang ke blog saya :)
ok . simple mind intro .
nama full saya prechard maxwell 
berasal dari kudat sabah .
umur tahun ini baru 19 tahun . (baru habis STPM)
saya seorang yang simple tapi bergaya . hehehe.
relationship ? haha , hanya tuhan saja yang tahu . :p

simple blog saja , teda yang special . 
saya hanya lah lelaki biasa .

owk dipendekkan cerita , 
kamu tahu mengapa saya letak tajuk ' hidup saya baru bermula ' ? 
sebab saya suda mula mengenal dunia ini dan tahu apa ertinya hidup itu apa .
kehidupan saya tidak lah begitu susah sangat sampai nak merempat tepi jalan .
saya orang hidup sederhana sahaja dalam kehidupan saya . saya lebih suka begitu .
saya sudah melalui pelbagai kesusahan , kepayahan , dan kesengsaraan dalam hidup .
hal tersebut telah mematangkan hidup saya dalam alam remaja saya . 

saya telah bersemangat untuk belajar disebabkan saya sedar bahawa saya harus memajukan diri sendiri 
orang lain tidak dapat membantu saya . kerna itu saya harus berusaha untuk belajar . 

sekarang saya berada di penampang . di rumah autie saya . saya datang ke sini bukan untuk enjoy.
tapi saya datang sini untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan untuk masuk ke universiti nanti .
saya datang ke sini juga bukan untuk saya bukan untuk mencari cewek .
tapi saya datang kesini bagi menimba pengalaman selain dari kudat sahaja .
saya ingin hidup berdikari , berusaha mencari pekerjaan sendiri , itu lah keinginan saya selama ini.

kamu tahu mengapa saya ingin tinggalkan kudat ? 
sebab saya ingin melarikan diri dari kesepian di sana .
saya kesunyian sebenarnya. tapi tidak ada sesiapa yang memahami . 
sebab itu saya ingin pergi jauh dari kudat untuk menenangkan fikiran ,
dan meninggalkan memori pahit di sana . 

kehidupan saya baru bermula . 
saya mula kan hidup tanpa pasangan .
bagi saya , berpasangan hanya akan membebankan masa sahaja .
lebih baik single . daripada menjaga hati seseorang . 
kerana saya takut akan melukai dan dilukai . 
sebab itu saya malas untuk bercinta .

saya akan mulakan hidup baru mulai dari saat ini 
setiap saat adalah berharga bagi saya .

Share/Bookmark
0 comments
http://www.norfanil.com/2011/10/kertas-soalan-percubaan-stpm-2011.html

to all candidate who sitting STPM for this year .. GUD lUCK !
Share/Bookmark
0 comments
skema sejarah kertas 1 STPM tahun 2004
1. Bincangkan kepentingan revolusi pertanian pada zaman Neolitik.        

Pengenalan

Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman pra-sejarah dan la dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan menternak binatang yang dikenali revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitarannya tetapi, sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia mengubah corak masyarakatnya. Revolusi pertanian telah menjadi kehidupan manusia bertambah kompleks yang memberikan suatu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat bandar yang bertamadun.
1.  Konsep revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun.

2.  Perubahan carak penempatan Masyarakat manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan meniernak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Ini mungkin ada hubungannya dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan berbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan dl kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian.

3.  Perkembangan kegiatan ekonomi. Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran.

4.  Pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah dan kemahiran menenun.

5.    Peralatan dan teknologi pada zaman Neolitik adalah lebih maju. Kebanyakan alat­alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Menunjukkan manusia Neolitik adalah Iebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Tersusun dan tall air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian.
6.  Wujudnya organisasi sosial.
7.  Permulaan pengkhususan kerja seperti golongan wanita yang bekerja di tanah pertanian dan lelaki yang terlibat dalam kegiatan memburu serta golongan agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebaj ikan masyarakatnya yang membuat alat-lat baru.
8.  Perkembangan sistem kepercayaan. Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya.
9.  Pemikiran secara konseptual.Dapat dilihatkan dalam ciptaan seninya yang rinenandakan suatu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang diilhamkan oleh objek-objek yang ia nampak. Semi Neolitik adalah bersifat simbolism.e seperti ditunjukkan dalam tembikar-tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewi untuk menjamin hasil pertanian dapat berlipat ganda.
Kesimpulan
Adalah jelas bahawa revolusi pertanian telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat Neolitik memberi sumbangan kepada kemunculan tamadun-tamadun seperti China, India, Mesir dan Sumeria yang menyaksikan permulaan proses perbandaran dalam sejarah tamadun manusia.
Jawapan calon yang baik ialah setiap isi dikaitkan dengan kepentingan revolusi pertanian. Jika calan gagal berbuat demikian markah maksimum bagi markah isi ialah 8.


2. Dengan memberikan cantoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar.
                                                                                                                                          
A. Pengenalan
1. Konsep tamadun
2. Corak dan sistem pemerintahan
3.  Konsep empayar Entiti politik yang dikenali empayar biasanya berasal daripada idea imperialisme yang mencetuskan penaklukan negara-negara lain. Imperialisme, sebenarnya membayangkan hasrat sesuatu negara untuk menguasai bangsa-bangsa lain. Dalam perkembangan empayar terdapat dua jenis utama, iaitu empayar daratan yang berdasarkan penguasaan tanah yang luas seperti empayar Rom dan China dan empayar samudera (atau maritim) yang bergantung kepada penguasaan laut dan pelabuhan-pelabuhan strategik sperti Srivijaya dan empayar Portugal di Asia.
B. Ciri-ciri utama
1.  Sistem pemerintahan empayar lazunnya berlaku dalam tiga bentuk iaitu dinasti ( China, India dan Mesir}, perkongsian kuasa ( Rom), Liga( Trumvirate-kongsi kuasa) cth di Athens.
2.  Perlaksanaan konsep hegemoni, iaitu penduduk-penduduk yang hidup di dalam empayar itu mengalu-alukan pemerintahannya. Rakyat empayar bersedia menerima sistem pemerintahan itu oleh kerana mereka menghormati kuasanya, undang-undang yang adil, keadaan yang aman dan faedah-faedah yang berpunca daripada itu, sistem kebudayaan yang tinggi serta peluang-peluang ekonomi yang boleh memajukan mutu kehidupan dan kemakmuran mereka. Perlaksanaan hegemoni bermaksud juga memerintah dengan persetujuan daripada rakyat yang taat setia kepada kerajaan mereka. Objektif kerajaan empayar ialah menggalakkan asimilasi dan integrasi rakyat empayar. Contoh yang nyata sekali ialah empayar Rom di mana bangsa­bangsa asing yang dikuasai diberikan kewarganegaraan Rom dan dibena.rkan berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam pentadbiran Rom clan wl'lavah-wilayahnya.
3.  Menggunakan kekuasaan ketenteraan.
Sekiranya hegemoni tidak berjaya mengekalkan perpaduan, para pemerintah biasanya mentadbirkan empayarnya dengan kekuasaan tentera. Tentera digerakkan untuk menjamin keamanan empayar dan mengelakkan pemberontakan berlaku. Kuasa tentera sering kali disokong dengan pembinaan pelbagai kemudahan seperti kubu-kubu di Eropah Barat pada zaman feudal clan pembinaan Tembok Besar di negara China. Sistem jalan raya dan pengangkutan juga dimajukan untuk memudahkan pergerakan tentera. Pembinaan jalan raya di Rom telah memudahkan pergerakan tentera Rom ke wilayah-wilayah untuk mematahkan sesuatu pemberontakan di dalam empayar dan juga mempertahankan empayarnya daripada serangan orang-orang Germanic.



4.  Pemusatan kuasa kerajaan
Walaupun sesebuah empayar dibahagikan kepada wilayah-wilayah tetapi kuasa kerajaan biasanya terletak di ibu kota empayar. Pemusatan politik adalah selaras dengan pembahagian masyarakat empayar kepada dua kategori, iaitu golongan yang berkuasa dan golongan yang ditakluki. Di pusat pemerintahan jawatan­jawatan yang penting dikuasai oleh golongan atasan yang taat setia kepada maharaja manakala di peringkat wilayah ketua pemerintah adalah wakil dari ibu kota yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin tempatan.
5.  Wujudnya sistem birokrasi.
Apabila hal ehwal pentadbiran menjadi lebih kompleks akibat daripada perluasan empayar lagi, maka sebuah birokrasi yang terdiri daripada pelbagai jabatan diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran empayar. Penubuhan birokrasi adalah nyata sekali di empayar Rom dan empayar China.
6.  Konsep Kehomogenan Empayar
Hampir kesemua rejim empayar berhasrat menyatukan empayarnya dengan dasar­dasar untuk memupuk kehomogenan kebudayaan, masyarakat, agama, bahasa, dan ekonominya. Misalnya, empayar Iskandar Zulkarnain menggunakan kebudayaan Yunani sebagai kayu ukur untuk menyatukan budaya Yunani dan Parsi dengan mewujudkan beberapa pusat bandar yang berperanan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Yunani ke atas penduduk-penduduk tempatan. Perkahwinan campur juga digalakkan antara orang-orang Yunani dengan Parsi untuk membina sua.tu masyarakat yang seragam. Pada Dinasti Han di China. ideologi Confucianisme dijadikan asas untuk menyatukan masyarakat China. DI tamadun Rom, budaya Greco-Roman dianggap sebagai budaya resmi di seluruh empayar.
7.  Memupuk semangat Ketahanan mental ,~an spritual. Cth Maharaja Rom dipuja sebagai tuhan. Adalah diketahui bahawa rejim-rejim empayar tidak dapat dikekalkan selama-lamanya. Kemerosotan dan kejatuhan berlaku pada akhirnya disebabkan kelemahan dan gagalnya para pemimpin untuk mengekalkan struktur empayarnya, teknik-teknik dan ide-ide pentadbiran yang ketinggalan zaman, kemerosotan ekonomi serta pemberontak dan serangan luar.
8. Wujudnya sistem naungan ekonomi. Cth negeri-negeri naungan biasanya membayar ufti atau sebahagian daripada hasil diserahkan kepada pemerintah pusat.
C. Kesimpulan
Pada keseluruhannya munculnya rejim empayar adalah suatu fenomena yang membayangkan psikologi manusia. Menurut Pericles, seorang negarawan Athens pada kurun ke-5 SM. Penubuhan empayar adalah adil kerana orang yang kuat haruslah menguasai orang yang lemah. Tetapi prinsip itu adalah bertentangan dengan satu lagi unsur psikologi manusia, iaitu prinsip kebebasan manusia. Jadi empayar adalah suatu sistem kerajaan yang sentiasa bangkit dan jatuh dalam sejarah tamadun manusia.
Pembahagian markah: P:3 m  I:5isi x4m  K:2 m
*Hujahan jawapan tanpa mengemukakan huraian contoh tidak mendapat markah penuh iaitu 4 m bagi setiap isi.


3.  Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya peperangan dalam tamadun awal manusia.                                       
Skema pemarkahan
A. Pengenalan
Peperangan boleh ditakrifkan sebagai konflik di antara kumpulan-kumpulan pesaing dengan menggunakan taktik kekerasan, termasuk pemberontakan bersenjata dan perang saudara. la bersifat konflik yang terancang untuk mencapai objektif-objektif tertentu dan dikatakan bermula dengan munculnya manusia bertamadun. Adalah suatu fenomenon sejagat yang menggariskan sejarah tamadun awal sejak Mesopotamia kuno Mesir sehingga masa kini. Berhubung rapat dengan proses perubahan masyarakat manusia dan negara. Kemajuan sosial, politik, ekonomi dan budaya sesuatu negara adalah dipengaruhi oleh peperangan oleh kerana peperangan biasanya merupakan titik perubahan dalam sejarah tamadun dunia. Pandangan positif terhadap peperangan ialah mencapai kemajuan manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut manusia seperti dalam bidang teknologi dan industri manakala pandangan negatif, menurut Toynbee dalam Study of History, ialah punca kemerosotan dan kejatuhan sesuatu tamadun manusia.
B. Sebab-sebab
1.  Pembentukan dan perluasan empayar
Peperangan selalunya ditujukan kepada kepentingan menguasai negara-negara jiran, sumber-sumber alam, tenaga manusia atau kawasan-kawasan yang dianggap strategik bagi imperialis. Berdasarkan konsep bahawa negara yang kuat haruslah memimpin negara yang lemah seperti yang dikatakan oleh Pericles, seorang pemimpin Yunani pada kurun ke 5 SM. Imperialisme dan pembinaan empayar adalah bertujuan memperkukuhkan kedaulatan dan kuasa politik sesuatu monarki pada peringkat awal tamadun manusia. Luasnya empayar dianggap sebagai kayu ukur untuk menguatkan kegemilangan sesuatu sistem pemerintahan serta meningkatkan kemegahan dan kemuliaan seseorang raja yang dapat diperoleh melalui keberanian dalam medan perang. Sesebuah kerajaan bukan sahaja bergantung kepada agama seperti hak ketuhanan, raja tetapi juga proses penaklukan untuk mengesahkan pemilihan kuasa politiknya ke alas rakyat bawahan. Peperangan adalah perlu untuk menyatukan kesemua kelompok penduduk yang berlainan bangsa, kepercayaan dan adat, agama, dan bahasa. Contohnya ialah Chandragupta Maurya yang mewujudkan empayar pertama dalam sejarah India. Dari pusat kuasanya di Bihar, kuasa Maurya telah dikuatkuasakan ke atas penduduk-penduduk di Lembah Indus dan Deccan. Dasar imperialisme juga dapat disaksikan dengan penaklukan Iskandar Zulkarnain yang berjaya meluaskan empayar Yunani ke Asia dan akhirnya melahirkan suatu sistem kebudayaan yang dikenali kebudayaan Hellenistic. Dasar imperialisme juga nyata sekali dalam pembinaan empayar Rom.

2. Masalah sempadan
Peperangan juga dilakukan untuk menjamin keselama.tan dan kedaulatan negara daripada dicerobolu oleh musuh-musuh. Fenomena ini selalunya berpunca daripada ketiadaan sempadan yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah akibat pengembangan atau pengecutan kuasa sesuatu kerajaan. Oleh kerana sempadan­sempadan tidak didasarkan persetujuan politik tetapi ditentukan oleh faktor-faktor geografi atau keperluan sesuatu unit politik, maka perselisihan kerap kali timbul yang membawa kepada pencetusan peperangan. Contoh-contoh ialah tamadun Mesopotamia kuno di mana peperangan berlaku di kalangan negara kota yang disebabkan ketiadaan sempadan yang jelas. Sempadan-sempadan negara China sejak Dinasti Chou juga menghadapi serangan-serangan orang gasar (Hsiung-nu) dan Kerajaan Chin terpaksa mencantumkan semua tembok pertahanan untuk mempertahankan negaranya daripada musuh-musuh . Tembok ini dikenali sebagai Tembok Besar China yang panjangnya hampir 2250 batu. Di empayar Rom tekanan-tekanan dalaman seperti pertambahan bilangan penduduk juga mencetuskan peperangan di kawasan sempadan-sempadan.
3.  Menguasai Sumber Ekonomi
Peperangan juga merupakan suatu saluran untuk memperoleh sumber-sumber ekonomi yang penting untuk kepentingan rakyat dan asas kekuasaan kerajaan. Persaingan selalu tercetus untuk merampas atau menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam mendapatkan tanah-tanah yang subur untuk pertanian, mendapatkan tenaga perburuhan; tenaga hamba untuk mengerjakan ladang­ladang besar yang dikenali Latifundia di Semenanjung Itali dan Afrika Utara. Di Mesopotamia, negara-kota sering berperang untuk mengawal sumber air daripada sungai Tigris dan Euphrates.
4.  Persaingan dalam bidang ekonomi, politik dan wilayah.
5.  Mengatasi pemberontakan
Kadangkala peperangan dilancarkan untuk membendung semangat memberontak demi kepentingan mengekalkan kestabilan rejim diktator. Sparta, misalnya, memalukan kota jirannya iaitu Messenia dan penduduk-penduduknya dipaksa mengusahakan tanah pertanian untuk rakyat Sparta yang hanya berperanan sebagai askar. Tentera Sparta biasanya melakukan kekerasan untuk menghambakan orang-orang Mesaenia dan memecahkan semangat penentangan.
6.  Melindungi Ekonomi Perniagaan
Kekerasan dan peperangan untuk melindungi ekonomi perniagaan di dalam negara/empayar dan juga di luar negara. Perdagangan antarabangsa dan jalan perdagangan biasanya meliputi beberapa kawasan yang luas dan perlu dilindungi untuk menjamin eksport dan import. Rom, misalnya berperang dengan Carthage untuk mengekalkan monopoli perdagangan di seluruh Lautan Meditteranean.

7.  Faktor Agama
Kemenganan Athens ke atas Parsi dalam Perang Parsi seperti yang ditulis oleh Herodotus contoh Perang antara Parsi (beragama-theist) dengan Athens (atheist). Mempertahankan kedaulatan dari serangan luar (orang gasar)  Kepentingan peribadi  seperti wanita, keluarga, balas dendam dan kekayaan, contoh spt Cleopatra,Mark Anthony dalam Perang Actium
C. Kesimpulan
Peristiwa peperangan adalah suatu fenomena sejagat. Objektif-objektifnya adalah berbeza mengikut perbezaan tamadun dan jangka waktu. Pada asasnya timbul daripada sifat manusia yang cenderung untuk menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Akhirnya, peperangan merupakan suatu faktor utama yang menentukan corak perjala.nan sejarah dunia.


4.    Jelaskan asas kekuatan ekonomi yang menjadi penyumbang kepada keunggulan empayar Rom dari zaman Republik hingga kurun ke2-Masihi
Pegenalan
Rom telah berjaya mewujudkan sebuah empayar yang luasnya terbentang dari persisiran Levantine, Asia Minor di bahagian timur, seluruh Lautan Meditteranean, Afrika Utara di bahagian selatan, Sepanyol, Gaul dan Britain di bahagian utara empayarnya. Kewujudan empayar yang begitu meluas telah menjadikan ibu kota Rom, berperanan sebagai pusat ekonomi, pentadbiran dan politik seluruh empayar. Pada zaman republik dan zaman empayar yang bermula dengan pemerintahan Maharaja Octavius ekonomi Rom telah berubah daripada ekonomi tradisional yang bersifat sara din' kepada ekonomi komersial dan kapitalisme yang melibatkan pelbagai ban.gsa yang hidup di dalam empayar. Perubahan itu telah menyumbang kepada kemakmuran empayar yang memuncak pada kurun pertama TM. Hakikat bahawa ernpayar Rom terus wujud sehingga kurun ke-5 TM. Adalah berasaskan kekuatan ekonominya.
1.      Antara kurun ke-3 dan ke-2 SM. Rom sebagai negara kota telah menjadi sebuah pusat empayar selepas berjaya menakluki seluruh semenanjung Itali dan akibat Perang Punic menguasai seluruh Lautan Meditterranean. Dengan tanah jajahan yang begitu meluas corak pertanian Rom telah berubah daripada sistem sara diri kepada sistem pertanian komersial. Tanaman tanaman komersial dan eksport seperti pokok anggur dan pokok zaitun dipentingkan dengan munculnya perladangan besar yang dikenali sebagai Latifundia. Kedua-dua jenis tanaman merupakan asas perkembangan industri wain dan minyak yang dieksport ke seluruh empayar. Saiz perladangan itu adalah seluas 200-300 ekar yang dikerjakan oleh tenaga hamba abdi yang didapati melalui penaklukan dan perang. Pada peringkat awal latifundia bertumpu di Itali tetapi kemudiannya diperluaskan ke Sepanyol, Gaul, Afrika Utara, Noricum, Rhaetia dan Britain. Adalah jelas bahawa dalam politik Rom fahaman ketenteraan (militerisme) pada zaman republik merupakan suatu alai pendesak untuk pengumpulan modal ekonomi untuk menjamin kekuatan ekonominya.
2. Di samping golongan aristokrat yang terlibat dalam hal pengurusan Senat, ekonomi komersial telah memberi asas kepada munculnya golongan borjuis yang dikenali Equites atau Equestor Ordo. Golongan ini melibatkan diri dalarn pelbagai usaha kapitalistik sama ada pertanian, pembinaan, perdagangan atau, pengurusan kewangan. Ahli-ahli golongan ini bukan saja terdiri daripada rakyat Rorn atau Itali tetapi juga orang-orang atasan di peringkat wilayah-wiiayah empayar Rom.
3.  Perdagangan domestik kian berkembang mulai kurun ke-2 SM hasil daripada kejayaan meoghapuskan lanun . Penghapusan cukai laluaa telab berjaya mengembangkan perdagangan Rom mengimport biji-bijirin dari Pulau Sicily dan perak dari lombong-lombong Andalusia di Sepanyol. Para pedagang terdiri daripada pelbagai bangsa. Perdagangan Mediterranean diuruskan oleh saudagar Yunani dan Phonesia. Saudagar ltali membina pasaran baru di Pulau Delos, Gaul dan wilayah Danube.
4.  Kecekapan orang-orang Rom datam pengurusan kewangan termasuk organisasi perbankan dan penubuhan organisasi perkongsian (partnership) untuk menjana sumber kewangan untuk menguruskan perniagaan. Sistem mata wang yang seragam telah membantu memudahkan organisasi perbankan.
5.  Wujudnya suatu sistem pemasaran yang Was yang merangkumi seluruh empayar. Rakyat Rom dan Itali yang berpindah ke wilayah-wilayah empayar bukan saja mewujudkan pasaran tempatan tetapi juga mengembangkan pengkhususan ekonomi da.ri segi perkilangan dan pengeluaran. Dengan itu ekonomi wilayah terjalin rapat dengan ibu kota Rom.
6.      Kekuatan ekonomi memuncak pada zaman Pax Romana. Kestabilan politik dan keamanan di dalam empayar merupakan asas keselamatan dan kebebasan pergerakan ekonomi. Sistem pengangkutan dan komunikasi dibaiki. Wujudnya suatu rangkaian jalan raya yang menghubungkan Rom dengan wilayah-wilayahnya. Maharaja­Maharaja pada peringkat awal zaman empayar menggalakkan perkembangan ekonomi. Dalam perlaksanaan dasar luar ha1-hal ekonomi sering dipertimbangkan. Misalnya, perjanjian-perjanjian dengan Parthia mengambil kira syarat-syarat yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan perdagangan di kawasan pendalaman Asia. Dengan galakan daripada Maharaja-Maharaja seluruh empayar telah menjadi suatu unit perdagangan yang menyeluruh.
7.      Ekonomi perdagangan diperkukuhkan lagi dengan wujudnya suatu rangkaian perdagangan antarabangsa. Permintaan yang kian bertambah di pasaran empayar menggalakkan pembukaan jaIan darat dan laut ke 6ahagian empayar timur terutamanya di persisiran Levant yang merupakan titik permulaan jalan sutera ke India Utara, Asia Tengah dan China. Penemuan angin monsun pada tahun 55 TM memudahkan perdagangan maritim melalui Te1uk Parsi dan Laut Merah ke Benua India. Barang-barangan dari India seperti rempah telah berjaya dibawa ke pasaran Rom. Para saudagar India memang terdorong berdagang dengan Kepulauan Asia Tenggara untuk memenuhi permintaan pasaran Rom.
8.      Pelaksanaan dasar laisse faire. Maharaja Octavius juga melaksanakan dasar laisse faire yang memberi kebebasan kepada para saudagar menguruskan perdagangan domestik dan antarabangsa. Dengan galakan daripada Maharaja-Maharaja seluruh empayar telah menjadi suatu unit perdagangan yang menyeluruh.
9.      Keupayaan menterjemahkan pelbagai ilmu yang membantu mengukuhkan asas ekonomi.
Kesimpulan
Adalah jelas bahawa kekuatan ekonomi Rom adalah kaitan rapat dengan penubuhan empayar dan perubahan keadaan politik. Ekonomi adalah faktor dominan yang berjaya mengekalkan empayar Rom sehingga kurun ke-5 apabila empayarnya diserang oleh puak-puak gasar.
Pembahagian markah: P:3m I:5isix4m  K:2m
  
5.      Bincangkan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayu sebelum dan selepas kedatangan Islam.                                                                                                   
A. Pengenalan
Latar belakang perkembangan falsafah di alam Melayu
1.      Perkembangan falsafah di alam Melayu dipengaruhi oleh ilmu agama.
2.      Sebelum kedatangan Islam, falsafah di Nusantara dipengaruhi oleh agama Hindu­Buddha.
3.      Selepas kedatangan Islam, lahir ilmu tasawuf hasil daripada kegiatan dakwah oleh ahli-ahli sufi.
B. Isi
1. Falsafah Sebelum Kedatangan Islam
1.1     Kepercayaan dan agama masyarakat dipengaruhi oleh agama Hindu­Buddha.
1.2     Terdapat banyak karya-karya kesusasteraan Jawa kuno yang mengandungi unsur-unsur falsafah seperti Arjunawiwaha, Bharatayayudda, Hariwangsa, Smaradahanan dan Samanasantaka.
1.3  Terdapat lebih 1000 rahib Buddha mempelajari teknologi dan falsafah agama Buddha di Srivijaya
1.4   Terdapat tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti pendeta Dharmakirti yang mengajar ilmu agama di Sumatera.
1.5   Sumatera melahirkan ramai ahli falsafah seperti Atisa yang membawa gerakan pembaharuan dalam agama Buddha di Tibet.
 1.6    Namun begitu falsafah Hindu-Buddha tidak meresap ke dalam jiwa  masyarakat Nusantara kerana
1.6.1    agama Hindu-Buddha tidak mempengaruhi ra.kyat jelata kerana terpengaruh dengan unsur-unsur animisme dan demonisme.
         1.6.2   golongan bangsawan/pemerintah tidak memahami ajaran murni falsafah       Hindu walaupun prinsip-prinsip ajaran Hindu, mempengaruhi konsep berkerajaan (devaraja).

1.7      Aspek ritual, bahasa, dan seni lebih mempengaruhi kehidupan masyarakat di Nusantara
  1. Falsafah Selepas Kedatangan Islam
               i.     Selepas kedatangan Islam, pemikiran, dan falsafah dipengaruhi oleh agama Islam.
               ii.     Perkembangan pemikiran dan falsafah di alam Melayu bermula pengislaman Pasai dan Melaka.Terdapat kitab-kitab agama dari Arab yang di bawa oleh para ulama seperti kitab Darul Mazlum.
              iii.    Bidang tasawuf berkembang hasil daripada kegiatan dakwah yang dijalankan oleh tokoh-tokoh sufi.
              iv.    Terdapat dua    bentuk ajaran tasawuf iaitu tasawuf falsafah dan tasawuf khlak.Tarikat    tasawuf juga berkembang.
              v.    Ajaran tasawuf dipengaruhi oleh kitab Ihya Ulumuddin.
              vi.    Ilmu tasawuf mencapai kemuncak perkembangannya pada zaman Aceh dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri( Syair Perahu), Shamsuddin al-Sumatrani(al-Shiratul- Mustaqim) dan Nuruddin al­Raniri(Bustanul Salatin).
             vii.   Tasawuf akhlak disebarkan melalui sastera hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad,Qisasul Anbiya' ,dan Hikayat Nabi Bercukur.
             viii.   Tarekat-tarekat yang berkembang ialah Qadariah, Rifaiyah, dan Satariyyah
              ix.    Wujudnya polemik pemikiran antara Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud.
              x.    Perkembangan pemikiran dan falsafah terbantut pada abad ke -17 apabila golongan fuqaha mempengaruhi golongan pemerintahan. Hasil penulisan falsafah WahdatuI Wujud dimusnahkan (dibakar).
C. Kesimpulan
Falsafah di alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam dipengaruhi oleh agama. Sebelum kedatangan Islam, falsafah dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Pengaruh faIsafah ini terhad kepada golongan atasan sahaja. Selepas kedatangan Islam, ilmu falsafah dikembangkan oleh mubaligh Sufi. Pengaruh agama dalam falsafah di alam Melayu tidak dapat dinafikan.

Pembahagian markah:
        P:3m I: lOx2m K:2m

  


6.    Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-15 Masihi.
A.           Pengenalan

Konsep penjelajahan dan penerokaan.
Zaman Penemuan dalam sejarah Eropah $arat menyifatkan kegiatan peneroka Eropah yang berjaya memperluaskan pengetahuan geografi tentang dunia di lua.r Eropah dan Lautan Mediterranean. Negeri-negeri Iberia, iaitu Sepanyol dan Portugal telah mengambil inisiatif untuk menerokai pantai Benua Afrika pada kurun ke-15 T.M. Menjelang 1450 T.M. peneroka-peneroka Portugal telah bertapak di Azores, sampai ke Cape Verde dan Senegal dan mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1498 T.M. Vasco da Gama juga berjaya belayar ke Calicut di India Barat. Di Lautan Atlantik, Christopher Columbus telah menyeberangi lautan itu pada tahun 1492 T.M. dan menemui Hispanola (Cuba). Pada 1502 T.M. Amerigo Vespucci telah sampai ke Brazil dan Sungai Plate. Penemuan-penemuan itu menunjukkan bahawa suatu benua terletak di selatan wilayah Carribean yang pada ketika itu dinamakan Amerika. Pada keseluruhannya, Sepanyol dan Portugal berjaya memperkenalkan suatu era baru dalam sejarah manusia daIam erti kata bahawa mereka telah dapat memperluaskan pengaruh Eropah ke seluruh dunia.
B. Faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan
1.      Zaman Renaissans yang berrnula pada kurun ke-13 TM. menggalakkan munculnya semangat inguiry atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnyatanah-tanah diluar Eropah yang belum diketahui.Semangat Renaissans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.
2.      Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saistifik maklumat baru misalnya i apati daripada "The Travels of Marco Polo". Buku itu diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepa.nyol, German, dan Inggeris. Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang kepadanya untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 TM. Terdapat penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja-raja yang mementingkan penerokaan maritim. Munculnya segolongan ahli-ahli kartografi dan hidrografi yang menghasilkan peta-peta yang jauh lebih tepat daripada peta Ptolemy.
3.      Penjelajahan terdorong oleh motif kekayaan dan keuntungan daripada perdagangan dengan negara-negara timur.barang- barangan seperti rempah-ratus, sutera dan lain-lain adalah keperluan asas masyarakat Eropah tetapi bekalannya dikawal oleh para saudagar Itali, Venice, dan Genoa.Orang-orang Islam juga menguasai perdagangan di antara Mediterranean Timur dengan Asia Timur dan India. Jadi, penemuan jalan laut baru adalah demi kepentingan mengurangkan kos import serta meningkatkan keuntungan mereka.
4.      Penjelajahan juga didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian. Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-negeri  Islam diIberia ­untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat. Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk menghancurkan kuasa Islam.
5.      Penaungan pihak kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince Henry the Navigator dan Raja John III juga mendorong peneroka-peneroka untuk mencari jalan laut ke Asia Timur dan India.Di bawah penaungan mereka, didapati satu kemajuan dalam sains dan teknologi pelayaran dengan pembinaan kapal-kapal yang lebih sesuai untuk pelayaran lautan.Masalah pelayaran jarak jauh telah dikurangkan dengan adanya kompas dan astrolab.
6.      Dorongan dari pemerintah seperti penubuhan Akademi Laut.

7.      Faktor ekonomi -  Memecah monopoli perdagangan orang Islam di Laut Medditereanean dan Lautan Hindi.
8.      Berkembangnya teknologi kapal dan artileri
9.      Penubuhan kerajaan monarki kebangsaan membawa kepada persaingan kuasa, pengumpulan kekayaan, dan kemegahan pemerintah.
(5 isi x 4m)
C. Kesimpulan
Munculnya empayar Sepanyol di Mexico dan Peru di Amerika Sela.tan. balam pemerintahan empayar itu, penyebaran agama Katolik ditegaskan serta penggunaan tenaga buruh penduduk tempatan secara besar-besaran untuk meningkatkan ekonomi eksport ke Eropah.Kuasa Portugal di Asia juga mewujudkan sebuah empayar maritim yang mengawal semua jalan laut ke Asia Tenggara dan Timur Jauh.Munculnya perdagangan yang berbentuk global mengubah corak perdagangan di Eropah Barat apabila pusat-pusat import dan eksport telah dipindah dari Mediterranean ke Eropah Barat seperti Lisbon, Bourdeax, Liverpool, dan Amsterdam. Kekayaan di Eropah Barat kian meningkat akibat daripada pengimportan emas dan perak dari Mexico, Bolivia, dan Peru. Kapitalisme bermula dengan revolusi komersial yang memheratkan pengumpulan modal, keuntungan, dan pelaburan upah.Mencetuskan perubahan sosial di Eropah Barat dengan kenaikan kos kehidupan dan pembahagian masyarakat mengikut kekayaan.Pada keseluruhannya, penjelajahan tokoh-tokoh peneroka Eropah Barat yang berpunca daripada usaha mereka telah membawa kepada transformasi Eropah. Fenomena itu rnerupakan suatu titik tolak dalam sejarah Eropah, iaitu munculnya Eropah Moden.
pembahagian markah:
P: 3m  I: 5 isi x 4m K: 2m



7.    Bandingkan matlamat sistem pendidikan antara tamadun China dengan tamadun Islam.         
A. Pengenalan
Latar belakang tamadun Islam dan tamadun China
Proses pendidikan manusia berbentuk formal atau tidak formal bermula dengan kebangkitan manusia bertamadun. Tetapi objektif-objektif dan institusi-institusi adalah berlainan dari tamadun ke tamadun dan juga berlainan dari masa ke masa. Pendidikan adalah berkait rapat dengan keperluan politik, agama dan sosial serta aliran pemikiran tentang konsep ilmu dan pendidikan di suatu tamadun atau negara. Institusi-institusi pendidikan juga dibina mengikut objektif-objektif itu dan memang membayangkan proses penginstitusian ilmu yang ditentukan oleh keperluan politik, kebudayaan dan agama.
B. Isi
1.    Matlamat sistem pendidikan China dan Institusi-Institusinya
a.    Pendidikan di China tradisional beriujuan memenuhi keperluan kerajaan demi kepentingan memberikan suatu asas yang kukuh untu-T -menge-calkan -kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan atau golongan atasan tetapi sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan eratnya rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan sistem politik dan keharmonian masyarakat. Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (Scholar-gentry) yang telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confucia.nisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan keraj aannya.
b.    Bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan kepentingan nilai kekeluargaan iaitu sifat-sifat ketaatan terhadap ibu -bapa dan- orang tua dan penghormatan terhadap pegawai-pegawai kerajaan. Untuk memupuk nilai­nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci, iaitu Five Classics dan The Four Books. Five Classics adalah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of Changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals). The Four Books tediri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean, dan Works of Mencius

c.    Pada keseluruhannya, pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan golongan elit (pemerintah) daripada goTongan massa (diperintah). Menurut pemikir Confucianisme, elit yang berpendidikan tinggi adalah Chun tze atau manusia yang unggul (the super or man) dan oleh kerana itu rakyat haruslah menghormati Chun-tze. Jadi, pendidikan boleh dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.
d.  Sejak Dinasti Han sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi). Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan boleh dilantik memegang jawatan jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah. Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911 TM.
e.   Menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China seperti Kung Fu tze, Lao Tze dan Mo Tze
2. Matlamat sistem pendidikan Islam
Tujuan am terdiri daripada lima perkara iaitu

  1. "Untuk mendapat keredaan Allah (swt) dengan menjauhi kemurkaan dan seksaan-Nya serta mengabdikan diri dengan tulus ikhlas kepada Nya." Tujuan ini dianggap induk daripada semua tujuan pendidikan Islam.

b.    Untuk membentuk akhlak yang mulia. Pendidikan akhlak adalah inti pendidikan Islam dan menjadi tujuan sebenar pendidikan.

  1. Memperkenalkan               kepada     manusia,  tentang       hubungan        sosial,  dan tanggungjawab dalam rangka suatu sistem sosial.

  1. Meningkatkan semangat ilmiah dan memperlengkapka.n pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu supaya dapat menguasai kerjaya hidup.

  1. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.
  2. Mengenal hakikat diri manusia sebagai hamba dan Allah swt sebagai khaliq iaitu pencipta.
C. Kesimpulan
Adalah jelas bahawa kedua-dua sistem pendidikan di China clan Islam di Timur Tengah adalah berlainan dari matlamat. Pendidikan China adalah bersesuaian dengan sebuah kerajaan politik sekular manakala pendidikan Islam adalah untuk rnemenuhi aspirasi-aspirasi sebuah kerajaan teokrasi yang mementingkan agama Islam sebagai asas penyatuan umat Muslimin di seturuh dunia Islam di Timur Tengah.


Pembahagian markah:

P:3m  I:7ISI*3M K:1M

Jawapan calon hendaklah menyatakan persamaan dan perbezaan





8.Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan perdagangan pada zaman Rom dan zaman Abbasiyah.
                                                                                                                                          
A. Pengenalan

Sistem ekonomi komersial yang berkembang di tarnadun Rom dan Abbasiyah terdiri daripada dua komponen, iaitu perdagangan domestik dan antarabangsa. Kedua-dua pemerintahan mempunyai empayar yang luas dengan wujudnya pelbagai jenis unit pengeluaran yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi komersial untuk memenuhi keperluan masyarakat masing-masing. Adalah diketahui bahawa proses pertumbuhan perdagangan adalah berkait rapat dengan kestabilan politik, pasaran dan permintaan baru, sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik serta kemudahan-kemudahan kewangan yang boleh mencepatkan proses urus niaga.

B. Pada zaman Rom

a.    Wujudnya kestabilan politik di seluruh empayar. Keselamatan terjamin dengan sempadan-sempadan empayar ditetapkan. Pax-Romana keamanan menjadi asas perkembangan komersial domestik dan antarabangsa. Pelanunan di Lautan Mediterranean dikawal rapat dan sistem jatan raya yang menghubungkan ibu kota Rom dengan wilayah-wilayah empayar telah diwujudkan.

  1. Industri pembuatan di peringkat wilayah empayar berkernbang dan hasil pengeluarannya dipasarkan di seluruh empayar dan di luar empayar. Di Itali pertanian komersial telah mengambil alih ekonomi pertanian sara diri. Terbayang dalam sistem pertanian Latifundia yang merupakan perladangan besar yang dikerjakan oleh tenaga hamba.

c.    Penaklukan dan perluasan empayar mewujudkan golongan-golongan sosial yang memerlukan barang-barang mewah dari India, Asia Barat, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Menggalakkan perdagangan dengan Levant yang merupakan titik permulaan Jalan Sutera ke China.

d.    Juga berkembangnya suatu sistem perhubungan yang baik, iaitu jalan darat dan jalan laut yang dapat menghubungi Rom dengan Teluk Parsi, Merv, dan Kandahar. Para saudagar Rom juga menggunakan angin monsun untuk belayar antara Aden dengan India.

  1. Perdagangan luar. Munculnya kerajaan Kushan di India Utara. Empayarnya yang merangkumi India Utara, Afghanistan, dan Asia Tengah menggalakkan perdagangan dengan China melalui Asia Tengah. Jadi, memberi sumbangan kepada globalisasi perdagangan Rom dengan India dan China.Pemerintahan Han juga memperluaskan perdagangan China dengan Asia Tengah. Negeri-negeri yang wujud di Asia Tengah dijadikan pusat pertukaran untuk para saudagar China dan India. Perluasan empayar Han ke Taklamakan membuka buat pertama kali Jalan Sutera yang menghubungi China dengan Asia Barat dan seterusnya ke empayar Rom.

  1. Penyediaan prasarana yang baik.

C. Zaman Abbasiyah
a.    Proses urbanisasi mendorongkan pertumbuhan pertanian, mewujudkan pelbagai jenis industri dan memudahkan perdagangan antara pusat-pusat bandar. Dari segi pertanian didapati perkembangan penanaman tanaman makanan yang meluas seperti gandum, padi, dan barli untuk memenuhi keperluan bandar serta tanaman komersil seperti kapas dan anggur untuk eksport. Pengeluaran yang kian meningkat digalakkan oleh sistem pengairan yang dikendalikan di bawah pernaungan kerajaan Abbasiyah. Tanah-tanah pertanian di sekeliling Baghdad seperti wilayah Ragga dan Samarra telah menjadi amat subur akibat pembinaan suatu rangkaian tall air.

b.    Berbagai-bagai industri juga berkembang di seluruh empayar. Yang terpenting ialah industri tekstil kain sakhlat dari Afrika Utara, fabrik dari Iran, kain kasa, voile dan linen dari Mesir dan pelbagai jenis permaidani. Didapati tiga kawasan yang mengeluarkan banyak barang-barang tekstil untuk eksport, iaitu Fars, Khuzestan, dan Mesir. Di samping tekstil juga didapati pembuatan kertas di Baghdad, Andalusia, Morocco, dan Damascus, industri keluli, minyak wangi dan tembikar untuk pasaran eksport.
c.    Perdagangan antarabangsa. Ekonomi perdagangan antarabangsa adalah hasil daripada pengetahuan dan hubungan dengan wilayah-wilayah baru yang wujud di Iuar empayar Abbasiyah yang juga dapat membekalkan kekayaan baru kepada penduduk-penduduk empayar Abbasiyah. Saudagar-saudagar Baghdad, misalnya telah menggunakan Laut Merah dan Teluk Parsi melalui Mesopotamia dan lembah-lembah Sungai Tigris dan Euphrates.
d.    Di samping Baghdad yang menjadi pusat kegiatan komersil, juga muncul pelabuhan-pelabuhan baru seperti Basrah, Siraf, Cairo, dan Alexandria yang menjadi pusat perdagangan darat dan maritim.
  1. Peranan non muslim. Orang-orang Yahudi yang dikenali Rahdanites memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan perdagangan antarabangsa pada kurun ke-S T.M. Mereka yang berpusat di Baghdad telah berjaya mewujudkan suatu sistem perdagangan yang meliputi seluruh empayar dan juga dengan negara-negara luar seperti Constantinople. Orang-orang Kristian juga terlibat dalam operasi perdagangan dan memperkenalkan berbagai­bagai institusi kewangan untuk memudahkan perkembangan perdagangan antarabangsa secara besar-besaran.

  1. Pengurusan sistem kewangan. Cara-cara urus niaga baru telah digunakan seperti pertukaran wang, cek, surat pertukaran dan surat kredit. Mereka juga memperkenalkan institusi perbankan di semua bandar-bandar. Urus niaga juga dimudahkan oleh pelaksanaan sistem mata wang yang seragam di seluruh empayar, iaitu duit syiling dinar.
  2. Kestabilan politi

  1. Faktor agama.

  1. Kemudahan prasarana


D. Kesimpulan
Tamadun Rom dan tamadun Abbasiyah telah mencapai suatu tahap ekonomi yang begitu tinggi. Ekonomi perdagangan telah menjadi asas kekayaan kedua-dua tamadun yang dapat dibayangkan daiarn kegiatan sosial dan irrteIektual.

Pembahagian markah:
P:3m I: 10 isi x 2m K:2m
* Lima isi untuk Rom dan lima isi untuk zaman Abbasiyyah.




9.      Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.           

A. Pengenalan
1.    Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam.
2.    Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama.
3.    Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.
B. Isi
1. Kepercayaan
a.    Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Haruf tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.

b.    Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam
2. Hubungan Masyarakat
a.    Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
b.    Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.
3. Peperangan
a.    Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
b.    Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah clan pengkhianatan orang Yahudi.
4. Kelas Masyarakat
a.    Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b.    Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5. KedudukanWanita
a.    Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku ban] Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b.    Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.
6.Akhlak

a.    Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.

b.    Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

7.Politik

a.    Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.

b.    Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undang­undang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah.

8.Nilai-nilai positif.

a.    Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Daiam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

9.Pendidikan dan ilmu pengetahuan.

10.     Amalan ekonomi.

11.     Identiti masyarakat. Keutamaan pada bangsa ditekankan pada zaman Jahilliah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam.

C. Kesimpulan
Apa saja yang berkaitan



Skema B

Perbandingan dari aspek
·         Politik
·         Sosial
·         Ekonomi
·         Pendidikan
·         Akhlak dan Nilai

Pembahagian markah:
P:3m I: 5 isi x 4m K:2m
* Jawapan calon perlu mempunyai perbandingan bagi setiap isi.


10.      Huraikan peranan Sultan Lskandar Muda Mahkota Alam dalam meningkatkan perkembangan Islam di Nusantara.                                                                                                              
A. Pengenalan
a.    Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dilahirkan pada tahun 1590 Masihi. Ayahnya hernama Mansur Shah dan ibunya bernama Puteri Indra Bangsa - puteri Sultan Alauddin Riayat Shah.
b.    Beliau merupakan seorang pemerintah yang berani, aiim, dan bijak memerintah negara. Ketika berusia belasan tahun, beliau telah memimpin gerakan menentang pemerintahan bapa sauda.ranya Sultan Ali Riayat Shah (1604-1607 Masihi). Justeru itu beliau ditangkap dan dipenjarakan.
c.    Pada tahun 1606 Masihi beliau telah dibebaskan untuk memimpin tentera Acheh menentang Portugis di pantai Sumatera. Beliau berjaya menewaskan Portugis.
d.    Pada tahun 1607 Masihi, sebaik-baik sahaja Sultan All Riayat Shah mangkat, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah berjaya merampas kuasa. Kemudian beliau telah diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Perkasa Alam. Beliau memerintah selama 29 tahun dan meninggal dunia pada tahun 1636 Masihi.
B. Peranan Sultan lskandar Muda Mahkota Alam
1.    Membentuk empayar Islam-Acheh

Perluasan jajahan ta.kluk adalah salah satu dasar pemerintahan baginda. Justeru itu, baginda telah melengkapkan dan memperkukuhkan angkatan bersenjata Acheh agar Acheh dapat menguasai tanah jajahan yang sedia ada di samping dapat pula menakluki daerah-daerah lain.

Di Sumatera, kawasan-kawasan yang telah berjaya ditawan semula oleh baginda ialah kawasan pantai timur Sumatera seperti Haru, Deli, Rokan, Kampar, Indragiri, dan Jambi dan kawasan pantai barat puIa seperti Indrapura, Padang, Pariaman, dan Singkel.
Di Tanah Melayu, baginda telah berjaya menguasai semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Kejayaan penaklukan serta perluasan wilayah itu membolehkan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam membentuk sebuah empayar Islam yang kuat dan besar di Nusantara, sekali gus Islam dapat disebarkan dan dikembangkan di kawasan-kawasan berkenaan dengan cara yang lebih berkesan.

2.    memerangi Portugis di Melaka

Usaha ini juga merupakan dasar terpenting Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Dasar ini bukan sahaja didorong oleh faktor politik dan ekonomi, malah ia juga disebabkan oleh faktor agama. Sejak pertapakan Portugis di Melaka pada tahun 1511, Portugis dianggap sebagai pengancam terhadap agama, negara, dan umat Islam. Oleh yang demikian,baginda telah meiancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1615 Masihi dan tahun 1629 Masihi, tetapi usaha tersebut gagal. Walaupun serangan itu tidak berjaya, namun tindakan itu memberikan natijah yang baik kepada perkembangan Islam. Portugis tidak dapat bertindak dengan sewenang-wenangnya dari segi politik, ekonomi, dan diplomatik. Pengaruh agama Kristian dapat dibendung dari tersebar luas kepada penduduk­penduduk Islam di Nusantara.
3.    Acheh sebagai pusat perdagangan

Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat pada zaman baginda. Lebih-lebih lagi dengan perluasan wilayah ke atas Tanah Melayu dan pesisiran pantai timur Sumatera. Keadaan ini membolehkan Acheh mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga telah membuka jalan perdagangan di pesisiran pantai barat Sumatera. Oleh itu Acheh berjaya mengawal perdagangan rempah yang merupakan hasil pengeluaran perdagangan yang penting pada waktu itu.

Di samping itu, saudagar-saudagar asing juga dilarang dari membeli rempah terus dari kawasan penghasilannya. Implikasinya pelabuhan bandar Acheh menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing bagi mendapatkan rempah. Pedagang-pedagang Islam pula diberi perlindungan dan penghormatan oleh pemerintah Acheh. Pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi, Acheh telah menjadi pusat perdagangan yang terpenting di Nusantara kerana kehadiran pedagang­pedagang dari kepulauan Melayu, China, India, Timur Tengah, dan Eropah.
4.    Mewujudkan pentadbiran negara yang sistematik

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam sangat menyanjung tinggi alim ulama dan baginda sentiasa berdamping rapat dengan mereka. Para ulama bukan sahaja berperanan sebagai penasihat agama, mala.h mereka juga bertindak sebagai penasihat dalam bidang politik dan pentadbiran. Contohnya, Sheikh Shamsuddin bin Abdullah al-Sumaterani - 1630 Masihi telah dilantik sebagai penasihat baginda.

Baginda juga telah menubuhkan Balai Gadang, iaitu sebuah badan penasihat. Ianya terdiri daripada 22 orang ulama yang terkenal di Acheh yang bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua urusan pemerintahan negara.
5.    Hubungan diplomatik

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga terus mengukuhkan kedudukan politiknya dengan mengadakan hubungan diplomati dengan kerajaan Islam sepergi Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dsb. Melalui hubungan tersebut Acheh dapat berfungsi dalam usaha dakwah dan aktiviti kenegaraan seperti politik,ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Pada zaman baginda Acheh telah dikunjungi oleh para ulama seperti Sheikh Abdul Kadir Ibn Hajar dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah.
6.    Pusat pengajian dan kebudayaan Islam

Banyak usaha telah dilakukan oleh baginda dalam bidang pendidikan dan kebudayaan Islam. Baginda telah mewujudkan sistem pendidikan Islam yang sistematik merangkumi peringkat rendah hinggalah ke peringkat tinggi. Pendidikan peringkat rendah dikenali sebagai Munasah. Mata pelajaran yang diajar pada peringkat ini ialah menulis, membaca al-Quran, asas bahasa Arab, dan perkara fardu ain. Peringkat menengah pula dikenali sebagai Rangkang. Pada peringkat ini, mata pelajaran yang diajar ialah ilmu Tauhid, Fikah, tafsir, hadis, bahasa Arab dsb. Peringkat tinggi pula dikenaIi sebagai Jamiah atau Universiti. Kewujudan pusat pengajian yang sistematik itu menyebabkan Acheh menjadi tumpuan kepada para sarjana dan pelajar-pelajar Islam di Kepulauan Melayu hingga Acheh digelar Serambi Mekah kerana jemaah haji dari Tanah Melayu dan Indonesia yang pergi atau pulang dari Mekah akan singgah di Acheh bagi mendalami ilmu fardu haji. Terdapat juga pelajar-pelajar di Kepulauan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran di Mekah, mereka akan belajar terlebih dahulu di Acheh.
7.  Meningkatkan kegiatan intelektual
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam juga bersikap bijaksana atau tidak menyekat dalam menghadapi perkembangan dua aliran tasawuf yang wujud pada waktu itu, iaitu Wihdatul-Wujud dipimpin oleh Hamzah Fansuri dan muridnya Sheikh Shamsuddin al-Sumaterani dan Wzhdatul-Syuhud dipimpin oleh Abdul Rauf Singkel. Walaupun kedua-dua aliran tasawuf tersebut bertentangan tetapi kerana kebijaksanaan baginda, maka tidak berlaku pertentangan di antara kedua­dua golongan tersebut sehingga zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thai.
Di samping itu, terdapat berbagai-bagai aliran tarekat seperti Qadariyah, Naqsyabandiyah, Satariyah dan sebagainya. Akibat dari perkembangan ilmu tasawuf ini telah melahirkan hasil-hasil karya atau kitab-kitab tasawuf seperti Bayan AI-Tajalli, Syarrah AI-Asyiqin, Asrar Al-Ariffin,dan Jauhar Al-Haqaiq. Selain itu lahir juga syair-syair tasawuf yang mengkagumkan seperti Syair Ma'rifat karangan Abdu1 Rauf Singkel, Syair Dagang, Syair Perahu, Syair Sidang Fikir, dan Syair Burung Pingai karangan Hamzah Fansuri.

8.  Penyebaran Dakwah Islamiah. Syamsuddin al Sumatrani dihantar ke Pahang.

C. Kesimpulan
Zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam merupakan zaman kegemilangan dalam semua bidang. Baginda dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sultan Acheh yang teragung.


11.    Nilaikan Kepentingan Perang Badar Kepada Umat Islam.                                                   
A. Pengenalan
1.   Konsep perang/jihad dalam Islam.
2.    Perang Badar merupakan peperangan yang pertama dalam sejarah Islam. Berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah (624 Masihi) di lembah Badar di luar kota Madinah.
3.    Perang Badar merupakan peperangan yang berlaku di antara 313 orang Islam Madinah diketuai oleh Nahi Muhammad s.a.w. dengan 1000 ozang kaum Musyrikin Mekah di bawah pimpinan Abu Jahal.
4.      Peristiwa Perang Badar
                       i.       Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh - apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.
                       ii.       Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.
                      iii.      Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.
                      iv.      Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.
                      v.      Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.
                      vi.      Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.

                     vii.     Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang - 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.
                     viii.     Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. tentera Islam telah mencapai kemenangan. Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.
B. Isi
Kepentingan Perang Badar
                       i.       Perang Badar merupakan peristiwa yang amat penting kepada umat Islam. Kerana sekiranya umat Islam tewas, maka berkemungkinan akan berakhirlah pengaruh Islam yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dipohon oleh baginda dalam doa.
                       ii.       Perang Badar juga adalah dugaan yang paling besar kepada umat Islam kerana mereka buat kali pertama berperang, di samping bilangan mereka terlalu sedikit, berbanding pihak Musyrikin Mekah yang bersenjata terialu ramai dengan nisbah 1:3. Menunjukkan kualiti lebih utama daripada kuantiti.
                      iii.      Dalam peperangan ini, umat Islam tidak membuat persediaan dari segi fizikal, namun Allah s.w.t. telah menolong mereka dengan menurunkan tentera - seribu malaikat bagi memusnahkan pihak musuh.
                      iv.      Keadaan ini menguntungkan umat Islam kerana pengaruh Musyrikin Mekah semakin merosot. Kaum Musyrikin Mekah kehilangan ramai pahlawan yang handal seperti Abu Jahal, Utbah bin al-Rabiah, Shaibah ar-Rabiah dan lain-lain.
                      v.      Peristiwa Badar ini juga turut menjadi rangsangan kepada umat Islam bagi menghadapi tentangan daripada pihak Musyrikin seterusnya, di samping memperkukuhkan lagi keimanan mereka dan meningkatkan keyakinan kepada Allah s.w.t.
                      vi.      Kekalahan pihak Musyrikin Mekah ini juga menyebabkan mereka tidak lagi menjadi kuasa yang teragung di Semenanjung Tanah Arab. Malah di kalangan kaum Quraish sendiri mereka mula meragui kebenaran kepercayaan warisan nenek moyang mereka dan mula memikirkan tentang kesahihan ajaran Islam.

                     vii.     Menekankan konsep ihsan dan musyawarah dalam perhubungan sesama manusia sebagai contohnya dalam menguruskan orang tawanan dan harta rampasan perang secara adil.
                     viii.     Bermulanya konsep jihad fisabilillah di medan peperangan bagi menjaga maruah agama, umat Islam dan negara Islam. Peperangan diteruskan juga walaupun berlaku di bulan Ramadhan.
                      ix.      Mengajar kepada umat Islam mengenai etika peperangan.
                      x.      Kepimpinan          Rasulullah                               s.a.w        sebagai . pemimpin agung.       Membuktikan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w sebagai perancang strategi dalam menghadapi peperangan.
                      xi.      Pentingnya nilai-nilai sabar takwa clan tawakal dalam menghadapi dugaan dan
                     xii.     cabaran.
                     xiii.     mengutamakan aspek pendidikan


C. Kesimpulan
Perang Badar merupakan peperangan yang tidak dijangka dan tidak dapat dielakkan. Kekalahan pihak musuh merupakan tamparan hebat kepada pemimpin-pemimpin mereka kerana la berlaku adalah di luar dugaan dan mereka berazam untuk menuntut bela terhadap umat Islam.
Pembahagian markah: P:3m I:l0isix2m  K:2m
                            
*Jawapan pelajar hendaklah mempunyai unsur-unsur penilaian dan penganalisisan.


  


12.      Bincangkan sumber-sumber -pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat ada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w

Skema pemarkahan
Pendahuluan
1.    Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian Al­Aqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nab] clan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
2.    Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.
3.    Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.
4.     
Segala perkara yang berkaitan dengan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah diterima sebagai isi pendahuluan.
Isi – isi Penting.
l. Derma (sedekah)
a.    Sumber - Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.
b.    Kepentingan -
                               i.       Derma clan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.

                               ii.       Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.


                      iii.      Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan          masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba'.
2.    Rampasan Perang ( Ghanimah dan Fai')
a.    Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain.
b.    Kepentingan-Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.
3.    Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh
a.    Sumber -Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.
b.    Kepentingan-Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.
4.    Tebusan Tawanan Perang
a.    Samber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-Mustaliq--Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.
b.    Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang)
5. Jizyah
a.    Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun.
b.    Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari keraj aan Islam.

c.    Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.
6. Zakat
a.    Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..
b.    Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan.        Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil,dan menyucikan harta.
Kesimpulan
Apa sahaja yang berkaitan.
Pembahagian markah:
P:3 m I:5isix4m K:2 m

13.    Huraikan perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah.
A. Pendahuluan
     i.       Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umaiyah bukan secara demokrasi tetapi secara monarki. Walau bagaimanapun, banyak kemajuan yang dicapai oleh kerajaan ini khususnya bidang pendidikan.
     ii.       Antara sebab-sebab yang mempengaruhi kemaj uan dalam bidang ini ialah perkembangan kerajaan Islam itu sendiri, perkembangan ilmu pengetahuan, dan perkembangan masyarakat Islam.
    iii.      Perkembangan Pendidikan pada zaman Bani Umaiyah, ditunjangi oleh dua keperluan iaitu keperluan keagamaan dengan lahirnya dua mazhab dan aliran pemikiran iaitu ahli hadis dan ahli ar- ra'yi . Keperluan yang kedua ialah keperluan semasa( utilitarian)
B. Peranan institusi-institusi pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah
1.    Institusi.
1.1.    Terdapat tiga buah institusi pendidikan yang menyebarkan ilmu pengetahuan, institusi-institusi tersebut ialah masjid, istana khalifah, dan kuttab (sekolah).
1.2.    Masjid merupakan salah satu daripada institusi pendidikan yang dibuka oleh sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan para tabiin. Antara pelajaran yang diajar di sini merangkumi ilmu Tafsir, Hadis, fiqh, Kesusasteraan Arab, dan lain-lain. Sehubungan dengan ini masjid di kota Mekah juga turut berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Dari masjid inilah Imam Malik, pengasas Mazhab Maliki dilahirkan.
1.3.    Istana khalifah juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Istana-istana ini berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan. Proses pembelajaran di istana hanya dikhususkan kepada putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar negara sahaja. Guru-gurunya pula dibawa khas ke istana untuk mengajar mereka.
1.4.    Kuttab atau sekolah puia merupakan institusi pendidikan permulaan. Terdapat dua jenis kuttab:
1.4.1 Kuttab untuk orang awam yang dikenakan bayaran
1.4.2 Kuttab untuk kanak-kanak miskin – percuma

2. Kurikulum
a.  Masjid-masjid di kota Mekah, Madinah turut menyediakan pengajaran qiraat al­Quran dan qasidah.

b.  Sementara itu, masjid-masjid di Basrah dan Kufah di Iraq berperanan sebagai pusat pengajian bahasa yang aktif ekoran daripada ramainya bangsa lain yang memeluk Islam.
c.  Pengajian agama lebih dipentingkan berbanding dengan pelajaran lain.
d.  Mata pelajaran yang diajar pula seperti kesusasteraan, ilmu pidato, dan akhlak. Di samping itu, mereka juga diajar tentang cara-cara pergaulan dalam masyarakat sebagai persiapan bagi mereka untuk memerintah negara pada masa hadapan.
e.  Di kuttab, pengajaran al-Quran dan asas-asas ilmu agama diberi penekanan. Pengajaran di sin] merupakan pra pengajian sebelum seseorang itu berdepan dengan sistem halaqah di masjid-masjid.
3. Tenaga pengajar
a.  Guru-guru ini mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Mereka juga merupakan ulama yang terkenal. Pengajaran mereka adalah ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran atau gaji.
b.  Antara ulama yang terkenal ketika itu ialah Abdullah b. Abbas pakar dalam bidang tafsir, hadis, fiqh, dan sastera. Hassan al-Basri, seorang ulama fiqh dan usuluddin. Ibn Munabbih, Abdullah ibn Zubair, abu Nukman bin Sabit, Said b. Musayyab dan lain-lain.
c.  Guru-guru mengajar di istana dikenali sebagai muaddib. Muaddib ini ditugaskan untuk mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar negara dengan ilmu pengetahuan, di samping mendidik mereka dengan akhlak-akhlak Islam.
4. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
a.  Cara mengajarnya pula berbentuk halaqah, iaitu murid-murid akan mengelilingi guru, mendengar syarahan yang disampaikan oleh guru-guru berkenaan.
5. Peringkat pendidikan:­
·         Pra- sekolah (kuttab)
·         Rendah
·         Menengah
·         Tinggi
6. Dasar Pendidikan
a. Menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan ke pelbagai wilayah Islam. Contoh zaman Khalifah Umar bin Abd Aziz yang melakukan usaha pengumpulan hadis.
b. Pendidikan percuma.
c. Mengamalkan dasar terbuka terhadap ilmu-ilmu yang baru seperti ilmu falsafah
C. Kesimpulan
Menerusi pendidikan pada zaman ini, kerajaan Bani Umaiyah telah melahirkan khalifah, gabenor, panglima perang, dan pembesar negara dan ulama yang berwibawa dan petah berpidato.
Pembahagian markah:
P:3 m I:5isix4m  K:2 m

14.  Bincangkan sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang pelayaran dan geografi.
A. Pengenalan
1.      Ibn Hawqal atau nama sebenarnya ialah Muhammad bin Ali, juga dikenali sebagai Abu al-Qassam al-Kawasili al-Nasibi. Beliau dilahirkan di Nasibin (Mesopotamia al-Jazirah).
2.      Ibn Hawqal adalah seorang ahli pelayaran dan ahli geografi Arab pada abad ke-4 H/10 M.
3.      Tarikh kelahiran clan kQMatian beliau tidak dapat dinyatakan dengan tepat oleh kebanyakan ahli Sejarah Walaupun begitu ada pendapat yang mengatakan Ibn Hawqal diiahirkan di sekitar tahun 310 H dan mati pada tahun 385 H.
4.      Pada 7 Ramadan 331 H hingga tahuri #62 H, beliau telah memulakan pelayaran ke seluruh pelosok negara Islam. Pelayaran Ibn Hawqal memakan masa melebihi 30 tahun dan hampir semua. negara telah dilaluinya. Beliau juga turut berdakwah dan berdagang.
B. Isi
(a) Sumbangan dalam bidang geografi
1.Bidang penulisan merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang terpenting. Beliau telah menghasilkan sebuah kitab - al-Masalik wa-al-Mamalik atau dikenali juga sebagai surah al-Ard - siap pada tahun 367 H.
2.Buku beliau mengandungi revisi atau peta al-Istakhri yang ditulis selepas belayar ke Sepanyol.

3.Kitab al-Masalik wa-al-Mamalik telah diterbitkan sebanyak tiga kali dan sentiasa dimurnikan dari segi isi dan fakta.

4.Walaupun Ibn Hawqal dikatakan meniru dan menciplak fakta-fakta dari buku-buku ahli geografi lain seperti al-Istakhri, namun pada hakikatnya beliau mengambil sebagai asas dalam penyelidikannya.

5.Ibn Hawqal juga turut menyumbang dalam bidang pemetaan. Dalam hal ini, peta-peta umat Islam yang dibuat oleh al-Istakhri dan al-Balkhi telah diperbaiki dan diperbaharui olehnya. Di samping itu, Ibn Hawqal juga banyak menambah serta memperbaiki hasil kerja orang sebelumnya. Tindakan beliau itu sudah tentu memudahkan orang lain untuk memahaminya.
6.Beliau dikenali sebagai seorang yang gigih dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerja. Misalnya ketika menjelaskan tentang sempadan dan iklim sesuatu daerah, diterangkan secara terperinci.
7.Sumbangan beliau juga dapat dilihat dalam bidang pertanian - penyelidikan terhadap barang-barang pengeluaran pertanian dan barangan pertanian. Bidang ini jarang dilakukan oleh ahli geografi lain.
8.Beliau juga menyumbang dalam penyelidikan geografi di India.  Ini dapat dilihat dari basil karyanya yang terperinci tentang kawasan-kawasan seperti Makran, Sind, dan pantai barat India.
9.Bidang kartografi - seni lukis atau membuat peta juga merupakan sumbangan Ibn Hawqal yang tidak kurang pentingnya. Peta-peta yang dilukis oIeh Ibn Hawqal sangat terkenal di Barat kerana kerja-kerja kartografinya begitu teliti dan cermat.
(b) Sumbangan dalam bidang pelayaran
1.      Ibn Hawqal mula belayar ke Afrika Utara, dan Selatan Sahara pada tahun 336 H.
2.      Belayar ke Armenia dan Azerbayjan pada tahun 344 H .
3.      Dalam peIayaran Ibn Hawqal ke Sicily pada tahun 362 H, beliau telah berjaya menyelidik tentang kekuatan pertahanan kota Palermo dan turut menganggarkan jumlah penduduk Palermo pada waktu itu kira-kira 300 000 orang.
4.      Dalam pelayaran beliau ke Sepanyol pula, beliau telah menulis tentang keadaan muka bumi Sepanyol pada masa itu yang terkenal dengan hasil bumi dan keiuaran pertanian.
5.      Manakala pelayaran Ibn Hawqal ke India, beliau telah menulis tentang kawasan-kawasan di India dengan begitu terperinci serta teliti dan hasil kerja beliau tentang Sind, Markan, dan pantai barat India adalah bermutu tinggi dan setanding dengan ahIi-ahli pelayaran lain.
6.      Pelayaran yang telah dilakukan membantu kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan bidang penyelidika.n. Hasil penyelidikan menjadi panduan kepada ahli pelayaran lain.

C. Kesimpulan
Sumbangan Ibn Hawqal sangat besar dalam bidang geografi dan pelayaran dan namanya terkenal seperti tokoh-tokoh Islam yang lain. Walaupun sumbangan Ibn Hawqal dalam bidang geografi dan pelayaran tidak setanding dengan al-Muqaddasi yang hidup sezaman dengannya, tetapi sumbangan beliau amat bermakna terhadap umat Islam.
Pembahagian markah:

P:3 m I: 10 isi x 2m (5 isi bagi setiap bahagian) K:2 m
* Pemeriksaan terhadap soalan ini boleh dibuat secara impression

15.  Jelaskan sejauh mana tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan intelektual Tamadun Eropah.   
A. Pengenalan
1.      Hubungan orang Kristian Eropah dengan Islam telah bermula apabila kerajaan Islam menjelajah clan menduduki wilayah di Eropah. Penaklukan Khalifah Muawiyah bin Abu Suffian ke atas wilayah Afrika Utara membawa kepada gerakan perluasan kuasa di sekitar Laut Mediteranean.
2.      Pengaruh kebudayaan Islam ke atas masyarakat Eropah bermula apabila terbentuknya kerajaan Islam Bani Umayyah di Sepanyol dan Sicily. Perkembangannya semakin jelas apabiia orang Eropah menaruh minat mengkaji karya klasik Yunani dan Islam
3.      Konsep tamadun Islam Dan Eropah

 B. isi

1. Kewujudan Kerajaan Islam di Eropah
Kerajaan Islam di Sepanyol dan Sicily yang diasaskan oleh kerajaan Bani Umayyah banyak mempengaruhi kebudayaan dan pemikiran masyarakat Eropah. Menerusi orang Moor (Islam Sepanyol) dan golongan Mozarobes, bidang iImu pengetahuan Islam berkembang di Eropah. Orang Mozarobes telah mernbawa perkembangan ilmu Arab (Artes Arabes) ke Barat. Petrus Alphonsi telah menjadi doktor istana King Henry I dan mengasakan pusat pengajian tinggi di Tolledo pada tahun 1250. Pusat pengajian ini menjadi pusat kajian Orientalis Eropah tentang peradaban Islam.
2. Sokongan Raja Norman
Kebangkitan kuasa suku bangsa Norman di Eropah turut membantu perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam di Eropah. Kaum Norman yang berjaya menakluki Sicily pada tahun 1091. Raja Norman seperti King Roger 1, King Roger II, King Frederick II dan Charles I menyokong kuat perkembangan pengaruh kebudayaan dan keilmuan Islam. King Frederick II memberi layanan istimewa kepada sarjana Islam dan meminta buku ilmu pengetahuan Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Karya perubatan Ibn Sinar dan penulisan ilmu geografi Al-Idrisi banyak mempengaruhi bidang ilmu sekolah-sekolah di Naples dan Salerno.

3.Perang Salib melemahkan institusi gereja
Perang salib yang berlaku dari tahun 1097 hingga 1292 merupakan satu proses yang mempengaruhi pemindahan dan penyesuaian kebudayaan Islam ke Barat. Perang Salib berjaya mengubah pemikiran masyarakat di Eropah dan melemahkan kekuasaan institusi gereja apabila masyarakat Eropah tidak lagi terikat dengan kawalan atau sekatan gereja. Karya pemikir Islam seperti tulisan Al-Ghazali, Al-Kindi dan Al-Khawarizmi menjadi rujukan perkembangan ilmu falsafah, astronomi clan matematik di Eropah.

4   Hubungan perdagangan
Orang Arab dan Farsi telah menguasai perdagangan timur dengan barat. Pedagang Eropah membeli barang-barang timur seperti rempah daripada saudagar Islam di pelabuhan Venice dan Genoa..
5. Ilmu Pelayaran dan Geografi.
Interaksi antara pedagang Eropah dengan pedagang Islam telah mempengaruhi ilmu pelayaran dan geografi di Eropah. Atlas Partolan dan kompas yang digunakan oleh ahli pelayaran Islam mempengaruhi ilmu pelayaran Eropah.
6. Sistem pendidikan
Bandar Cardova telah menjadi pusat pendidikan ilmu dari tamadun Islam di Eropah. Universiti dan perpustakaan didirikan dan menjadi tumpuan para ilmuwan dari Eropah. Leornardo Fabanacci mendapat pendidikan di Sepanyol. King Roger I telah menubuhkan sekolah tinggi di Naples dan Salerno sebagai pengkajian ilmu astronomi, geografi dan perubatan Islam. Universiti Padua ­yang didirikan di zaman pertengahan mula mengkaji ilmu perubatan Islam,
7. Kegiatan penterjemahan
King Frederick II di Sicily teleh meminta Micheal Scott menterjemahkan buku­buku ilmu pengetahuan Arab ke dalarn bahasa Latin. Karya tokoh intelektual Islam seperti Ibn Sina, Ibn Tufail dan Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Contohnya:
Tahafut-tahafut oleh Ibn Rusyd dan Tahafut al-Faiasifa karya Al-Ghazali telah diterjemahkan atas arahan badan tertinggi gereja Kristian.
a.    Hayy ibn Yaqzan karya Ibn Tufail diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Edward Peacock dengan tajuk Philosophus Autodidactus.
b.    Hisab al-Jabar Wal-Muqabalah karya Al-Khawarizmi diterjemahkan oieh F.Rosen di London

8. Gerakan lntelektual di Eropah
Pemikir intelektual Islam seperti al Kindi, al Farabi dan Ibn Rusyd berjaya rnempengaruhi kelahiran gerakan intelektual di Eropah seperti fahaman humanisme pada abad ke 13 Masihi.
9. Pengaruh kerajaan Turki Uthmaniah
Kerajaan Turki Uthmaniah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.
10. Bidang ekonomi
Orang Eropah mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada hubungan dengan orang-orang Islam dalam bidang perindustrian dan teknologi teknik tanaman sekoi,padi dan tembikai dipelajari daripada orang-orang Islam.
Pengaruh-pengaruh lain( selain daripada pengaruh Islam)
11.  Perkembangan intelektual di Eropah
12.  Kebangkitan golongan borjuis
13.  Pertambahan penduduk
14.  Pertembungan golongan berilmu dengan golongan agama Kristian. 15. Penjelajahan dan penerokaan.
C Kesimpulan
Kesan daripada pengaruh kebudayaan dan intelektual Islam mendorong masyarakat Eropah mencipta kegemilangan ilmu pengetahuan dan intelektual. Revolusi intelektual di Eropah dikenali sebagai zaman Renaissance.
Pembahagian markah:
P: 3 m I:7isix3m  K: 1m




16.    Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun Eropah.      
A. Pengenalan
1.    Tamadun Islam merujuk kepada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga sekarang. Manakala tamadun Eropah pula merujuk kepada zaman pertengahan yang bermuIa pada selepas keruntuhan Empayar Rom - berlaku antara abad ke-5 hingga abad ke-15 Masihi. Zaman ini dapat dibahagikan kepada Zaman Gelap dan Zaman Moden awal.
2.    Dalam tamadun Islam, isu ketahanan dan pertahanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam as. lag]. Manakala dalam tamadun barat pula isu ini mula berkembang ketika munculnya tamadun awal manusia.
B. Isi
I .  Pengertian ketahanan.
a.      Pengertian menurut Islam, ketahanan umat Islam yang utama terletak pada akidah dan syariah. Dengan kemantapan akidahlah, pada peringkat awal umat Islam yang berjuang telah mencapai kemenangan yang gemilang. Ketahanan dalam Islam juga merangkumi aspek fizikal termasuklah jasmani, persiapan alat senjata atau kelengkapan perang. Di samping itu Islam juga menekankan kepada ilmu, sama ada ilmu ketenteraan atau ilmu agama.
b.      Bagi tamadun barat pula, ketahanan merujuk kepada ketabahan dan kecekalan yang mencakupi dua unsur, iaitu fizikal dan rohani. Fizikal - pembentukan jasmani dan ketenteraan, manakala rohani - aspek agama, moral, dan jiwa. Ketahanan yang kuat datangnya dari ilmu pengetahuan, pengalaman, kecekapan pelaksanaan.
2. Pengertian pertahanan.
a.      Sementara itu pengetian pertahanan dalam Islam merujuk kepada langkah kedua yang berbentuk praktikal bagi melaksanakan dasar-dasar ketahanan untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat, dan negara. la juga merangkumi langkah bagi membela mereka yang lemah atau golongan yang dizalimi. Dalam hubungan ini, setiap individu muslim wajib mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan negara jika diancam oleh pihak musuh.
b.      Dalam tamadun Barat, pertahanan merupakan usaha untuk mempertahankan diri, masyarakat, dan negara daripada ancaman pihak musuh. Dalam hal ini, pertahanan bergantung kepada ketahanan. Setiap warganegara dimestikan mempertahankan diri masyarakat dan negara daripada serangan musuh
3.    Etika peperangan.
a.      slam juga telah menetapkan etika dan peraturan ketika berperang. Antaranya ialah larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita ahli ibadat, melancarkan peperangan selepas menyeru pihak musuh kepada Islam dan memberi pilihan membayar jizyah serta tidak menyiksa tawanan perang. Etika-­etika ini jelas menunjukkan matlamat peperangan dalam Islam adalah untuk mewujudkan perdamaian dan bukannya menimbulkan permusuhan.

b.      Etika peperangan tamadun Eropah berbeza kerana mereka tidak menekankan nilai-nilai moral dan akhlak.
4. Matlamat peperangan.
a.      Matlamat peperangan Islam
Setiap individu Muslim wajib mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan negara jika diancam oleh pihak musuh.
b.      Matlamat peperangan di Barat adalah berbeza-beza mengikut peringkat. Pada zaman gelap - peperangan sering berlaku di kalangan golongan bangsawan kerana ingin menguasai wilayah-wilayah yang dimiliki oleh golongan bangsawan yang lain. Pada zaman tersebut tanah merupakan punca kekayaan.Peperangan yang berlaku di antara raja dengan golongan bangsawan pula adalah disebabkan oleh raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan. Pada zaman moden awal pula, di Eropah peperangan merupakan perkara yang penting. Ini membawa kepada berlakunya Perang Salib di antara orang-orang Kristian dengan orang-orang Islam untuk mempertahankan tanah suci Jurusalern. Matlamat peperangan di Eropah pada zaman moden pula, menjelang abad ke-16 Masihi adalah untuk mengukuhkan kedudukan clan imej sesebuah negara. Implikasinya peperangan merupakan satu perkara yang biasa di antara negara­negara bangsa.

C.Kesimpulan

Peperangan dalam Islam lebih mementingkan aspek akhirat.Manakala dalam tamadun Barat ia lebih menekankan kepentingan duniawi.Islam menjadikan maslahat duniawi hanya sebagai alat bagi menegak dan memelihara agama disamping membela ummah

Pembagian markah;
P:3m, I:4isi*5m, K:2m

*Setiap isi mesti dibandingkan dan pemarkahan secara impression


Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com