Banyak perkara yang kita ingini
tidak semua kita dapat
TETAPI
kemahuan yang tinggi
akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu
yang mustahil pun
boleh berlaku...
JADI
jangan berputus asa
untuk mengapai impian
yang diigini..
KERANA
kita semua adalah sama
kita dilahirkan sebagai manusia
semua orang boleh berjaya
semua orang tidak ada beza taranya
yang membezakannya ialah
'USAHA KITA'
'MENCAPAI IMPIAN KITA'
MINUTE FOR MOTIVATE
0
comments
3 skala utama:
i. Meso
- Kecil, ekosistem parit
ii. Mikro
- Kawasan hutan hujan tropika, tasik hutan bakau
iii. Makro
- Ekosistem lautan, seluruh dunia
2 komponen ekosistem
i. Biotik
ii. Abiotic
Biotik
i. Komponen hidupan
ii. 3 peringakat
- Pegeluar, pengguna, pengurai
a. Pengeluar
- Tumbuhan – organisma autotrof
- Tumbuhan – hasilkan makanan sendiri – proses photosintesis
b. Pengguna
- Primer (herbivore) –hidupan makan tumbuhan
- Sekunder (kamnivor) – hidupan makan hidupan primer cth harimau
- Tertier (omnivore) – hidupan makan tumbuhan & haiwan cth manusia
c. Pengurai
- Pereput organisma saprofit
- Microorganism – kulat, bakteria, protozoa..
Abiotic
i. Komponen bkn hidup
ii. 4 jenis utama
- Air, udara, tanah, bahan nutrient
a. Air
- Komponen semula jadi utama – 75% air di dunia
- Tak ada air, ekosistem mati
- Pelarut – tukar bahan organic kpd bahan nutrient
b. Tanah
- Luluhawa batuan
- Penting untuk sediakan nutrient storan
- Penting , kuantiti air – jenis tanih
c. Udara
- 4 lapisan utama troposfera, mesosfera, stratusfera, termosfera
- Troposfera penting – nitrogen 78%, co2 0.03%, oksigen 21%, gas nadir 1%
- Bahan nutrient – sulphur, fosforus, karbon, nitrogen – penting untuk tumbuh besar tumbuhan
Konsep rantaian makanan
i. Hubungan antara pengelurar, pengguna primer, sekunder dan tertier. Pengurai – aras trofik berbeza
ii. Bersifat sehala, lurus, dan mudah
iii. Aliran tenaga dan elemen kimia dan berbeza jenis sebatian
iv. Pengeluar – tumbuhan hijau – buat makanan sendiri – fotosintesis – daun berbuah
v. Dimakan haiwan herbivour / omnivore herbivore dimakan kamnivor dan kamnivor dimakan omnivore
vi. Haiwan mati – reput dan diurai
Konsep siratan makanan
i. Jaringan makanan
ii. Aliran silang – menyilang / bentuk lapis / pelbagai arah
iii. Organisma – mangsa / pemangsa kepada bnyk organisma
iv. Gabungan rantaian makanan
Aras trofik
i. Aras makanan dan pemakanan sesebuah ekosistem
ii. Jenis pyramid
- Pyramid nombor – bilangan organisma tiap peringkat pyramid
- Pyramid tenaga – semakin tinggi pyramid semakin kurang tenaga
- Pyramid biojisim – jumlah jisim hidupan setiap peringkat makin tinggi makin rendah
iii. Pyramid ekologi
Keseimbangan ekosistem
i. Semula jadi – keupayaan pemulihan kendiri
ii. Tak seimabang – ekosistem sungai – banjir
iii. Input tenaga maksimum dalam ekosistem = output ( tenaga keluar dari ekosistem)
iv. Keseimbangan dinamik – keseimbangan berubah – ubah – ekosistem terganggu
Persaingan antara speasis dan sesama speasis dalam ekosistem
i. Sesuatu speasis membiak secara berlebihan di suatu kawasan dengan bekalan makanan keperluan asas yang terhad
ii. Persaingan – intraspeasis dan interspeasis
iii. Intra – pokok seteara
iv. Inter – hutan hujan tropika
Komenlismes
a. - Hutan hujan tropika
b. - Epifit menumpang pada permulaan luar cabang pokok – cengkam rekahan dan kulit kasar pokok
c. - Tujuan – mudah dapat cahaya matahari
d. - Tak jejaskan perumah
e. - Sumber air dan mineral dapat sendiri
f. - Sumber air – kumpul air hujan, embun, dan kelembapan
g. - Sumber mineral – kumpul daun gugur
Paratisme
a. -Hutan gunung – lapisan hutan montane – atas 1800 – 2000 m – cth ; tnah tinggi Cameron
b. - Rafflesia/pokok palma – tak ada batang, akar,
c. - Filament tumbuhan ke dalam perumah untuk menyerap makanan – terus ke bunga
d. - Perumah terjejas
Simbiosis
a. - Saingan 2 speasis berlainan dan hidup sama2 dapat keuntungan sama2
b. - Alga dapat sumber air, mineral dan perlindungan dari kulat
c. - Kulat dapat oksigen dan korbohidrat dari alga
d. - Bekalan makanan dan berterusan
Saprofitisme
a. - Lapisan lantai hutan hujan tropika
b. - Cahaya matahari kurang, kelembapan tinggi, suhu – rendah
c. -Tumbuhan saprofit – cendawan, kulat tetupai
d. -Tak boleh buat makanan sendiri
geografi kertas 2 (ASF) - Ekosistem
gagal kita sekarang bukan bermaksud kita telah gagal berjuang ..
gagal itu memberi kita iktibar dalam menghadapi cabaran ...
kerana tuhan selalu menguji umat nya supaya lebih tabah menghadapi cabaran yang diberinya
kita tak boleh mengaku kalah
kita harus terus berjuang !!!
ayuh !
bangkit semula dari kegagalan dan mari menuju kejayaan !!!!!!!!
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
- Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
- Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
- Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
- Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
- Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
- Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
- Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
Suasana / Tempat Belajar
- Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
- Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
- Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
- Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
- Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
- Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
- Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
- Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
- Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
- Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
- Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
- Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
- Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
- Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
Ulangan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.
PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
- Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
- Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
- Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
- Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
- Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
- Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
- Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)