hai semua !
ok hari ne saya nak bercakap tentang kehidupan hanyalah sementara kerana masa yang diberikan tuhan hanyalah sedikit sahaja . jadi kita kena hargai masa secukupnya untuk digunakan dalam kehidupan harian kita . jadi apa - apa pun mari kita teruskan perbicaraan kita . haha macam peguam pla saya . :D
masa amat penting dalam hidup kita ini sebenarnya . bayangkan sahaja la jika kita hidup tanpa masa . huru - hara dunia kawan . hmm .
ingat ini '' masa tidak akan menungu dan terus berlalu tiap insan yang leka dan lalai "
kita tidak boleh berenti mengejar masa . kita harus mengejarnya tiap detik yang kita lalui . masa itu lebih berharga dari bertan -tan emas . masa tidak boleh dengan menggunakan wang . masa akan terus berlalu . sekiranya anda lalai sahaja dalam mengejar masa . maka masa akan "membunuh" kamu.
kita tidak boleh menghentikan masa . membalikan masa lalu . walaupun anda "sekuat" mana pun ( seperti di gambar ) . gambar itu bermaksud anda tidak boleh menghentikan masa walaupun sedetik pun walaupun kamu sehebat mana . sekaya mana . atau cukup berkuasa . masa akan terus berlalu tanpa menghiraukan anda walau sedikit pun .
ok , berkenan dengan gambar ne , masa datang dan pergi , apa yang telah kita lakukan selama ini ? ?? ?
kita harus menghargai masa .
ingat ayat ini "bukan masa yang mengejar kita , tetapi biar kita yang mengejar masa"
''masa itu emas''
sebenarnya maksud ''masa itu emas'' ialah satu perumpaan bahawa masa amat berharga .
kamu bayanganan sahaja lah berapa harga emas di pasaran sekarang melambung naik . begitu juga dengan masa, semakin hari semakin suntuk . sila hargainya hidup kita hanya satu pinjaman
sifat yang paling buruk dalam alam bekerja ialah membazir masa . apabila kita sering menangguhkan kerja dan tugasan yang diberikan , kerja tersebut akan semakin bertambah . apabila kerja semakin bertambah, bukan sahaja mutu dan kualiti kerja kita terjejas . malah perasaan bimbang dan keyakinan diri sendiri juga akan meningkat di sebabkan stress akibat terlalu banyak kerja yang bertimbun .
ok terakhir sekali . luangkan masa anda untuk bersama keluarga anda .
tiada siapa yang sanggup untuk membantu anda apabila anda berada dalam masalah atau berada dalam kesedihan , yang hanya adalah keluarga . mereka akan sentiasa menemani kita walau kita dalam keadaan gembira atau sedih . walaupun kamu mempunyai kawan rapat atau sahabat baik . mereka tidak akan semestinya membantu anda ketika dalam kesusahan tetapi keluarga ia akan sentiasa berada di samping anda . jadi , luangkan la masa anda sekurang - kurangnya dalam hujung minggu anda membawa keluarga anda .
lastly ,
thank you for viewing my blog ! apprciate it, don't hate !
kehidupan hanya sementara hargainya ( masa itu singkat )
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)