Gambar contoh saia ambil dari GOOGLE .
topik kali ne saia nak bincang pasal mat-mat rempit dan juga minah rempit . saya berbloging pasal ini bukan untuk memalukan sesiapa . tapi ia sebagai peringatan dan pengajaran dalam prinsip kehidupan kita .
topik utama
siapa yang harus dipersalahkan dalam masalah sosial yang sering kita dengar dalam akhbar - akhbar . kadang - kadang kita tidak baca pun perihal masalah sosial ini . kalau kamu beli akhbar kamu akan lihat bahagian belakangnya dahulu iaitu nombor ekor . [ jangan tipu TUHAN marah ]
ok, berkaitan dengan isu rempit ini . saya sebenarnya terlihat gejala rempit ini dengan mata saya sendiri sebab saya pernah kerja sehingga lewat malam . mat rempit memang suka keluar malam sebab kereta agak jarang . jadi , apabila saya ternampak mereka (mat rempit) sedang merempit terus saya dapat ilham untuk blog post saya pada hari ini iaitu 3/february/2012 .
ok, berbalik kepada topik utama kita , siapa yang harus diopersalahkan . ibubapa atau anak-anak. mesti akan kamu cakap , orang tua akan dipersalahkan . mengapa? sebab mereka tak pandai ajar anak . hmmm. .. .. sebenarnya pandangan itu agak silap sebenarnya . kadangkala anak itu telah terpengaruh dengan rakan sebaya nya . sebab itu dia telah terjebak dalam aktiviti merempit . jadi kita nak mempersalakan rakan sebaya mereka ?? sebenarnya tak , banyak lagi pengaruh dari luar, contoh media massa elektronik seperti internet , laman sosial , televisyen dan sebagainya . jadi kita nak mempersalahkan media massa elektronik ? bagaimana dengan ibubapa yang tidak mengajar anak mereka dengan baik .
Ok, sebenarnya begini , anak-anak mempunyai daya terpengaruh yang agak tinggi , oleh kerana umur mereka yang baru meningkat mereka ingin mempelajari sesuatu yang baru dan mencabar . sebab itu la mereka mudah terpengaruh dengan dunia luar yang negative.
oleh kerana itu , ibubapa harus menjaga anak mereka dengan baik , beri mereka kebebasan untuk belajar dan sekat pembelajaran yang negativ itu ialah jalan terbaik .
so , akhir cerita saya kita tak boleh menyalah sesiapa dan menunding jari kepada mereka sahaja . kita manusia bukan TUHAN . kita tak boleh menghukum . kita hanya memberi nasihat.
PEACE no WAR .
Siapa yang harus dipersalahkan [ibubapa/anak] - masala sosial remaja
0
comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)