this site
Langkah - langkah untuk berjimat
author blog post : Prechard

Mengapa kita perlu berjimat cermat ? sebenarnya saya buat tajuk post saya hari ini langkah - langkah untuk berjimat kerana rata - rata masyarakat di negara Malaysia ataupun di negara luar yang hampir atau telah muflis akibat terlalu boros dalam menggunakan wang mereka . kebanyakkanya berpunca dari penggunaan kad kredit yang terlalu berleluasa . penggunaan kredit sebenarnya boleh membuat orang ketagih . kerana penggunaannya yang mudah iaitu tanpa menggunakan wang yang banyak hanya perlu membawa sekeping kad untuk membuat pembayaran . oleh itu topik saya pada hari ini ialah langkah untuk berjimat dalam menggunakan wang atau kad kredit .

Langkah - langkah untuk berjimat cermat 

1. elakkan daripada berhutang/kad kredit 



kad kredit merupakan satu skim pinjaman kredit yang mudah . ia lebih ringan dan komplex tanpa membawa wang yang banyak dan ia lebih selamat digunakan ketika berbelanja . namun begitu penggunaannya boleh membawa padah sekiranya kita tidak pandai merancang perbelanjaan kita . 


oleh itu , jalan yang terbaik ialah dengan mengelakkan daripada berhutang , kerana hutang/kredit hanya akan membebankan pemikiran kita . 



sebab itulah kita perlu menggelakkan daripada berhutang , biar cukup makan sahaja , tidak payah nak show off di depan rakan anda bahawa anda ada banyak duit . padahal anda berhutang saja, biarlah awek anda lari kerana anda berjimat tapi jangan sampai anda terpaksa berhutang untuk bawa teman wanita kamu menghabiskan wang anda .



2. beli apa yang perlu 

dalam dunia yang serba canggih ini, banyak peralatan atau gadget yang telah muncul . seperti kamera , telefon bimbit seperti ipod , blackberry , ipad seperti gambar di bawah .


hal ini menyebabkan banyak orang kehabisan duit hanya kerana ingin membeli gadget - gadget yang terkini . malah gadget tersebut bukanlah murah . oleh itu elakkan daripada membeli gadget terlalu banyak cukup sekadar telefon bimbit dan sebuah laptop . itu sudah memadai .

3. rancang pembelian anda 


kebanyakkan orang akan membelanjakan wang mereka setelah mendapat gaji . kalau wanita mereka akan pergi shopping dan menghabiskan duit .


lelaki pula sering dengan kereta yang ingin mengubahsuaikan kereta mereka . hal ini akan menyebabkan masyarakat kehabisan duit dan jatuh muflis .

__________________________________________________________________________

sebenarnya hidup dalam kesederhanaan adalah lebih elok , kerana kita mampu berjimat cermat dan dapat membelanjakan wang dengan berhemah , masalah hutang juga dapat dielakkan . 

akhir sekali,
kalau kamu ingin kawan anda berjimat cermat, SHARE lah artikel ini walaupun hanya 3 langkah sahaja yang saya mampu beri . tetapi ia cukup untuk mengubah corak perbelanjaan anda .

share button ada di bawah . THANKS


Share/Bookmark
0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Popular post


Get this widget here

Followers








wibiya widget

Angry Birds -  Help
Copyright© All Rights Reserved Prechardmaxwell.blogspot.com